in

“Dia tinggalkan kami bertiga” – TikTok Kakak Hello Kitty Cetus Tanda Tanya, Tidak Lagi ‘Sedondon’ Dengan Suami?

Hello Kitty Sedondon Suami Tak Raya Sama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak dengan satu family ini yang sering tular di media sosial kerana memakai baju sedondon bertemakan Hello Kitty sejak tahun 2015 lagi?


Namun tahun ini nampaknya perkara bakal berubah, apabila tular luahan usahawan wanita bernama Yus Amina Mohd Zawizah atau dikenali sebagai ‘Kakak Hello Kitty’ yang menimbulkan tanda tanya ramai.

@kakakhellokitty

Kali ni dia tinggalkan Kami Bertiga..😭 #KongsiBersama #rayasedondon #rayasedondon2024 #fyppppppppppppppppppppppp

♬ FULL YT PELIK PUNKY – ᴋ-ᴊɪ ᴏᴘᴇᴛ ʀᴀɴᴛᴏɢᴜᴅᴇʟ

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita yang lebih mesra disapa sebagai Afina ini seakan memberi ‘hint’ bahawa dia sedang berdepan masalah rumah tangga.

Kali ini dia tinggalkan kami bertiga,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

 

Artikel berkaitan: “Baju guna kain cadar tapi jual…” – Pembeli Terkejut Wanita Jual Baju Hello Kitty Setengah Juta

Artikel berkaitan: “Bila giler PINK, semua pun nak pink” – Gara-gara Minat Hello Kitty, Wanita Tukar Rumah Pusaka Moyang Jadi Istana Pink!

Sambut 1 Syawal dengan anak-anak, tanpa suami

Menurut mStar, Afina mendedahkan yang dia menyambut 1 Syawal lalu tanpa suami dan hanya bersama anak-anak.

Afina, 34, juga berkata, dia sebenarnya sudah menyediakan enam pasang baju raya bertemakan Hello Kitty untuk mereka sekeluarga bagi Aidilfitri tahun ini tetapi ia hanya dipakai olehnya dan dua anak sahaja.

Baju raya yang sepatutnya untuk suami itu dipakai oleh bapa saya ketika saya dan anak-anak pulang ke kampung di Machang, Kelantan,” katanya.

@kakakhellokitty

Kali Ni Aku Serius Ya Allah.💔

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Malah katanya lagi, hubungan dia dan suami dikatakan mulai dingin sejak dua bulan lalu, namun dia enggan mengulas lanjut berkenaan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya itu.

Afina difahamkan telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan kemungkinan dia dan suami akan berpisah sebagai jalan penyelesaian terakhir kepada masalah rumah tangga mereka.

Saya kenal suami lama… 17 tahun. Sampai sekarang saya tak tahu apa salah saya yang menyebabkan dia berubah. Saya sedih kami tak beraya bersama. 

“Saya tak nak anak-anak tengok saya menangis, kadang-kadang saya terpaksa menangis seorang diri dalam tandas… doakan saya kuat,” katanya sebak.

Untuk info, Afina dan suami telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putri Jeliyta Ai Rich, 9 dan Putra Jamsyeir Ai Rich, 4.

Kita doa yang baik-baik sajalah untuk mereka ya. 

Sumber: TikTok, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.