Pernah tak korang bayangkan bila sebuah rumah kayu biasa yang kelihatan agak usang ni tiba-tiba berubah wajah menjadi sebuah ‘istana pink’? Wow!
Menerusi perkongsian Rizal Hakimm di Facebook, rumah pusaka milik moyang wanita ini tiba-tiba viral bila dia mengubah suainya menjadi rumah berwarna pink dan berkonsepkan Hello Kitty.
“Maaf rumah saya bukan banglo… tapi itulah saya nih memang giler pink dan juga HELLO KITTY”
Menurut pemilik rumah, Hamidah Abdul Rahim, 48, dia memang dari dulu lagi amat menyukai apa-apa yang berkaitan dengan warna merah jambu dan Hello Kitty.
Jadi bila rumah pusaka berusia 100 tahun itu diamanahkan kepadanya, dia telah mengambil keputusan untuk mengubah suainya menjadi warna pink!
Belanja RM10,000 untuk beli aksesori Hello Kitty
Menurut mStar, Hamidah yang bekerja sebagai deejay kat sebuah pusat membeli belah di ibu negara telah membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk membeli segala aksesori di kediaman tersebut.
Kegilaannya terhadap Hello Kitty dan pink juga turut terpalit pada ahli keluarga yang lain apabila pada Aidilfitri lepas mereka semua memakai pakaian warna pink. Wah sporting!
“Warna merah jambu memang melambangkan diri saya sejak dulu lagi, malah anak-anak pun sudah faham,” ujarnya.
Seronok min tengok anak beranak ni. Semua supportive dengan ibu mereka!
Baca: “Baju guna kain cadar tapi jual…” – Pembeli Terkejut Wanita Jual Baju Hello Kitty Setengah Juta