“Dia tak nak datang, takut mati di sekolah”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Isnin (24 September) lepas dah bermula peperiksaan UPSR bagi pelajar darjah 6 dan semalam merupakan hari terakhir bagi peperiksaan ni. Maknanya budak-budak UPSR dah merdeka lah hari ni kan??

Sedang murid-murid ni gembira sambut kemerdekaan dorang daripada exam, ada sorang pelajar ni tak dapat nak enjoy seperti rakan-rakan seusianya. Jiran kepada seorang guru share kisah sedih murid ni yang rebah sebaik selesai ambil paper Sains di Facebook

Sumber: Facebook

“Murid di dalam gambar ni adalah adik Mohd Ameruddin Bin Harli Azman, anak murid beliau, pelajar tahun 6 di SK Taman Bukit Subang. Semalam 27 September 2018 hari terakhir peperiksaan UPSR.

“Di saat anak-anak kita termasuk kita sendiri menarik nafas lega dan meraikan ‘kemerdekaan kecil’  anak-anak kita, adik Ameruddin sebaliknya sengsara menanggung sakit bengkak otak akibat jangkitan kuman yang dialaminya. 

Dia terus tak sedarkan diri sebaik tamat paper Sains semalam.”

Sumber: Facebook

Menurut posting ni, Ameruddin sekarang berada di HUKM untuk rawatan. Agak sedih jugak bila diberitahu yang murid ni hanya tinggal dengan ibunya dan 5 adik beradik lain lepas ibu bapanya berpisah.

Sumber: Facebook

Ameruddin juga asalnya tak mahu pergi ke sekolah untuk ambil exam UPSR pada hari tu. Macam manapun, guru Ameruddin ni katanya telah datang ke rumah dan menjemput murid ni ke sekolah untuk ambil exam.

Alasan Ameruddin tak nak pergi sekolah buat admin sebak. Katanya dia takut kalau mati di sekolah. Allahuuu…

Sumber: Facebook

Bagi mereka yang bersimpati dengan nasib adik ni dan ingin hulurkan bantuan, korang boleh je bank in kan sumbangan ke akaun ibu Ameruddin seperti details di bawah.

Sumber: Facebook

Kalau rasa ragu-ragu, korang boleh jugak private message Puan Diana Azmar yang viralkan kisah Ameruddin ni di Facebook. Dia akan beri korang contact number ibu murid ni.

Kami doakan semoga adik ni cepat sembuh dan mendapat keputusan UPSR yang cemerlang! Be strong ya dik! 

Baca: Anak Menangis Tepi Mayat Bapa Sebab Tak Berduit Nak Bakar, Baca Apa Netizen Buat…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!