in

“Tak pakai kena saman” – Takut Disaman RM1,000, Pakcik Gelandangan Terpaksa Cari Mask Dalam Timbunan Sampah

Facemaskft 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai langkah berjaga-jaga supaya tak berlaku gelombang ke-2 Covid-19 di Malaysia, bermula 1 Ogos lalu kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam. Orang-orang yang tak patuh arahan ini boleh disaman RM1,000.


Walaupun kalau diikutkan harga pelitup muka ni takdelah mahal sangat, pun begitu, masih ramai lagi orang-orang yang tak mampu untuk beli, malah nak makan pun kais pagi makan pagi.

Salah satu contoh adalah seperti yang dikongsikan oleh salah seorang netizen, Khalid bila seorang pakcik dilihat sedang mengorek timbunan sampah untuk mencari pelitup muka yang dibuang sebab nak elak disaman pihak berkuasa. Allahu sedihnya…

Bercakap dengan WORLD OF BUZZ, Khalid memberitahu kejadian tersebut berlaku di luar Pasar Besar Ampangan di Seremban. Menurutnya, tempat itu memang selalu dikunjungi oleh orang gelandangan untuk mencari barang.

Dipercayai, pakcik tersebut juga merupakan seorang gelandangan yang tidur di tepi jalan dekat Seremban tapi identitinya masih tak diketahui.

Haih, memang sebak bila tengok macam ni. Kalau korang ada ternampak gelandangan atau pengemis tu hulurlah sikit mask untuk dorang. Kesian sangat…

 

Baca: “Gaji 1.2k, bayar saman 1k” – [VIDEO] Pekerja Kedai Makan Ini Kena ‘Sound’ Dengan Polis Sebab Salah Cara Pakai Mask

Screenshot 2020 08 03 At 3.03.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.