Pelajar yang menuntut Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang nampaknya kenalah berhati-hati! Nampaknya baru-baru ni viral kes penipuan terbaru melibatkan seorang driver yang guna aplikasi pengangkutan MyCar.
“Nama di booking orang Cina, sekali sampai orang India pulak”
Menerusi perkongsian yang viral di Twitter, seorang pelajar cerita pengalamannya booking dengan aplikasi MyCar di sekitar kawasan UPM. Masa booking tu, nama driver tertulis nama orang Cina tup-tup sampai orang India pulak. Itu baru satu penipuan.
Yang tak bestnya, belum sampai destinasi, driver tu dah tekan drop off dan tambang tiba-tiba dari RM14 naik ke RM44. Uish tinggi gila tuuu!
“Sebab tengok tatoo dia, tak berani nak fight lebih-lebih!”
Ternyata bukan seorang student je pernah kena dengan driver ni, ramai lagi rupanya yang pernah kena! Kebanyakan kena scam dengan taktik yang sama, iaitu sama ada kena bayar tambang lebih atau drop off lebih awal.
Malah kalau korang cakap tak cukup duit atau ngam-ngam je ada amount tu dalam beg, dia siap berhenti depan ATM suruh keluarkan duit. Kebanyakan student tak berani nak bertegas sebab takut tengok tatu dia yang macam gangster tu. Adoi!
Macam manapun, pihak MyCar menerusi balasan tweet mengesahkan yang pihak mereka dah pun letakkan driver tu dalam pemantauan. Harap-harap kena banned lah dari guna MyCar.
“Disebabkan nak sangat murah, semua ambil risiko naik MyCar”
Macam manapun, ada seorang netizen ni jelaskan bahawa kebanyakan driver dari aplikasi MyCar ni datangnya dari driver yang telah kena banned oleh Grab.
Kebanyakan driver ini dulu jugak berasal dari Uber dan disebabkan Uber dah bergabung dengan Grab, so mereka ni masuklah MyCar. Ah gitew! Tapi kami tak cakap 100% teori ni benar ye. Kesian pulak mereka yang betul-betul ikhlas nak cari rezeki guna MyCar.
Bagi admin, guna je lah aplikasi e-hailing apapun, yang penting korang mesti sentiasa alert dan berhati-hati dalam apa jua keadaan. Bahaya ada di mana-mana. Harapnya driver yang suka scam pelanggan ni kena banned lah oleh semua sistem e-hailing kat Malaysia ni. Serius menyusahkan!
Baca: “Perangai macam ni la grab boleh cari makan” – Sebab Kenapa Orang Ramai Menyampah Nak Naik Teksi