in

“Dia marah ada sebab…” – CEO Felcra Turun Padang, Pekerja Habis Kena ‘Sembur’ Gara-gara Kononnya Makan Gaji Buta

Terangkannn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa dekat sini pernah ada pengalaman kena tengking dengan bos? Mesti rasa takut, seram, scary dan nak terkencing pun ada kan? Selalunya bila korang kena marah dengan bos ni ada dua sebab je. Satu sebab korang memang buat salah dan lagi satu bos korang memang tengah hangin satu badan.


Tapi tindakan Chief Operating Officer/Executive Officer (CEO) Felcra Berhad telah mengejutkan ramai pihak. Dalam satu video yang viral di Twitter, CEO tersebut dilihat memaki hamun pekerjanya atas satu kesalahan yang dilakukan di ladang. 

 

“Akhlak seorang pemimpin yang baru 4 bulan dilantik menjadi CEO” 

Menerusi video tersebut, CEO terbabit dilihat sedang menerangkan kesalahan pekerja ladang yang membuang beg baja kelapa sawit. Beliau di dalam video tersebut menegur pekerjanya supaya jangan mengambil jalan mudah dalam melakukan pekerjaan.

Korang semua selalu ambil jalan mudah. Ikut orang aje, tak pernah nak lawan! Terangkan! Bukan duduk office! Terangkannn!” 

Pekerja yang berada di dalam video tersebut nampak kecut perut dan seorang pun tak berani menyampuk kata-kata CEO tersebut! Aiyokkkk! 

 

“Mulut macam longkang. Tengking macam la pandai sangat” 

Rata-rata netizen yang melihat video ni nampaknya tak bersetuju langsung dengan pendekatan yang digunakan CEO Felcra tersebut. Dia dilihat sangat kasar dengan pekerja dan siap ada yang cakap dah macam Hitler pulak marah-marah pekerja bawahan gitu.

Maki 1
sumber: twitter
Hamun
sumber: youtube 

 

“Aku side CEO Felcra ni, dia marah staf Felcra kerja makan gaji buta” 

Dalam video yang berdurasi tak sampai satu minit ini, banyak spekulasi boleh timbul kerana kita tak tahu pucuk pangkal cerita. Disebabkan itulah ada di kalangan netizen yang memilih untuk berpihak kepada CEO terbabit kerana bagi mereka ada sebab dia marah-marah macam tu.

Nilaikan
sumber: twitter

Ini pulak antara komen pekerja sendiri dan gambar mereka ketika CEO tersebut buat training dengan pekerja di ladang.

Training

D04Nk9Guwaecp7A
sumber: twitter

So apa pendapat korang mengenai isu ni? Wajar ke tak wajar pekerja-pekerja ladang tu kena hamun dengan CEO mereka sendiri? Bagi admin, kalau benda ni membawa kepada perkara positif, ada baiknya jugak. 

Baca: “Binatang” – Ini Alasan Majikan Kenapa Mereka Maki Student Yang Cancel Mohon Intern Di Syarikatnya

Bin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.