in

“Dengar suara menjerit, meronta” – Bekas Suami Bakar Vlogger Masa Live-Streaming Sebab Tak Boleh Terima Dah Bercerai

Vlogger Dibakar Ex E1613787855600

Keganasan rumah tangga memang masih berleluasa berlaku di serata dunia. Kadang kala bila baca berita tentang kes seperti itu, kita sendiri seolah-olah tidak percaya dan tak sangka ada manusia yang sanggup berlaku kejam dengan pasangan mereka.

Berbeza sedikit dengan apa yang berlaku terhadap seorang vlogger China berusia 30 tahun baru-baru ini. Menurut SCMP, vlogger bernama Lamu itu sering merakamkan video di pergunungan Tibet dan memakai pakaian orang Tibet sambil memasak dan menyanyikan lagu kaum itu.

Lamu2

 

Bekas suami kaki pukul, tak boleh terima perceraian

Video-video Lamu berjaya menarik perhatian ramai penonton dan disebabkan itu juga dia mempunyai lebih dari 800,000 pengikut di media sosial.

Bukan sekadar vlog, kisah hidup peribadi Lamu juga rupa-rupanya memang diketahui ramai. Bagi pengikut Lamu, mereka tahu vlogger itu menderita akibat keganasan rumah tangga dan disebabkan itulah dia membuat keputusan untuk bercerai dengan bekas suaminya itu.

Lamu1

Malangnya, lelaki yang sering mendera dan berlaku kejam terhadap Lamu tidak boleh terima dirinya ditinggalkan. Bekas suami Lamu itu telah memecah masuk ke dalam rumahnya pada 14 September lepas ketika dia sedang membuat live-streaming.

Dengan tidak semena-mena, lelaki itu terus simbah petrol ke arah Lamu dan terus menyalakan api menyebabkan dia terbakar. Menurut pengikut live-streaming ketika itu, mereka boleh dengar dengan jelas suara Lamu menjerit dan meronta-ronta sebelum skrin bertukar gelap.

Bakar

 

Ahli keluarga pernah dipukul, polis tak ambil tindakan

Doktor berkata 90 peratus badan Lamu terbakar ketika dia dikejarkan ke hospital. Lamu bertarung nyawa selama dua minggu sebelum disahkan meninggal dunia pada 30 September lepas. Menurut Daily Mail, pihak berkuasa telah menahan bekas suami Lamu dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan.

Menurut BBC, pasangan itu memiliki dua orang anak dan kedua-duanya mendapat hak penjagaan bagi setiap seorang anak mereka. Bagaimanapun, bekas suami Lamu dilaporkan pernah mengugut untuk membunuh anak mereka jika dia tidak berkahwin semula.

Kerana risaukan keselamatan anak, Lamu bersetuju untuk berbaik semula dengan lelaki itu namun dia kemudian melarikan diri daripadanya. Salah seorang ahli keluarga Lamu turut menjadi mangsa pukul bekas suaminya kerana tidak mahu mendedahkan keberadaan Lamu.

Lamu3

Disebabkan itu, Lamu bercerai buat kali kedua dengan lelaki itu dan bekas suaminya mendapat hak penjagaan terhadap kedua-dua anak. Menurut keluarga Lamu, mereka telah melaporkan tentang bekas suaminya itu kepada polis namun tiada tindakan lanjut yang diambil oleh pihak berkuasa.

Baca: Gara-gara Cemburu Isteri Terlampau Minat Hrithik Roshan, Suami Sanggup Tikam Isteri Sampai Mati!

Jeles Punya Pasal

Sumber: The Sun
Sumber: Daily Mail