Kalau korang suka tengok filem Bollywood, korang mesti minat dengan hero hindustan yang satu ni, Hrithik Roshan. Pelakon lelaki yang kacak ni memang famous dengan filem macam Kaho Na Pyar Hai, Krishh dan macam-macam lagi lah!
Namun kalau korang ada suami yang kuat cemburu, berhati-hati lah!
Menurut New York Post, seorang suami bertindak di luar kawalan dengan menikam mati isterinya sebelum menggantung diri sendiri kerana cemburu dengan bintang Bollywood, Hrithik Roshan!
Suami benci isteri asyik dengar lagu atau tonton filem Hrithik Roshan
Donne Dojoy, 27, katanya terlalu minat dengan lakonan dan tarian pelakon tinggi lampai ni sampaikan suaminya, Dineshwar Budhidat, 33, jealous dengan tindakan tersebut.
Malah perkara ini juga diakui sahabat Donne, seorang penyanyi karaoke di lounge tempat mangsa bekerja.
“Dia beritahu saya yang dia akan tonton filem atau dengar lagu yang ada Hrithik Roshan, tapi suaminya (Dineshwar) akan selalu suruh Donne padam siaran tersebut sebab dia terlalu cemburu,” kata rakan Donne.
Namun pada hari kejadian, Donne yang baru pindah keluar dari rumah suaminya tiba-tiba bercadang untuk stop by kejap di apartment lamanya di Albert Road untuk menonton filem bersama suaminya dan chill-chill bersama lelaki tu sebelum pergi kerja.
Tikam isteri dan gantung diri sendiri di sebatang pokok
Rakan-rakan Donne tak sure filem apa yang ditonton wanita itu bersama suaminya (min syak ni mesti filem Hrithik ni), tapi dek kerana filem itulah suami mangsa naik angin sehingga mengambil keputusan gila.
Sekitar jam 7.30 malam, Dineshwar tiba-tiba mesej saudara isterinya dan memberitahu dia telah membunuh mangsa. Suspek juga siap beritahu lagi kat mana dia sorokkan kunci apartment mereka.
Selepas menikam mangsa, Dineshwar menggantung dirinya dekat sebatang pokok berdekatan dengan Howard Beach, menurut sumber polis.
Haih tragis betul apa yang berlaku kepada mangsa. Bukannya isteri dia dapat kahwin dengan Hrithik pun sampai cemburu macam tu.
Baca: Cemburu Punya Pasal, Sanggup Patahkan Jari Teman Wanita Sendiri