in

“Dekat kapal terbang tu ada tulis One World” – Tuduh Vaksin Dajjal, YB Khairy ‘Sekolahkan’ Golongan Antivaksin

Semalam, Malaysia telah melakarkan sejarah tersendiri apabila vaksin COVID 19 akhirnya tiba dengan selamat di negara kita.

Pesawat yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech ini telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 10 pagi.

Apa yang lebih menarik, pesawat MH604 telah dihiasi dengan livery Jalur Gemilang yang membawa maksud vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia.

 

Namun disebalik berita baik ini, muncul pula golongan yang mula mengaitkan isu vaksin tersebut serta pesawat yang membawanya dengan dajjal. Pulak dah!

Menurut perkongsian yang viral di media sosial, perkataan One World menjadi punca kepada tuduhan tersebut.

“Vaksin datang disambut seperti penyelamat masalah umat. Sangat dasyat. Siapa yang dapat hubungkan berita ini dengan hadith Nabi tentang akhir zaman, dia tahu masa dah tak lama. 

“Perkara yang terjadi hari ini adalah simbolik kepada yang akan terjadi seterusnya. 

“Cuba fahamkan maksud ‘Dajjal akan datang membawa segunung roti’. 

“Ohhh, dekat kapal terbang tu ada tulis One World. Nampak?” kata netizen tersebut.

 

“Vaksin bukan dajjal”

Walau bagaimanapun, posting itu pantas mendapat perhatian YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga kini Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Vaksin bukan dajjal dan One World adalah nama airline alliance atau rangkaian syarikat-syarikat penerbangan.” 

Netizen yang mengaitkan isu vaksin dengan dajjal tersebut mendapat kecaman hebat netizen di Twitter, macam manapun, Khairy dalam satu posting lain berkata, isu golongan antivaksin ini tidak bpleh dipandang enteng kerana mereka sangat lantang bersuara di ruangan Facebook dan WhatsApp. 

Apa yang penting sekarang ni, kita semua perlu membantu kerajaan dalam menyebarkan maklumat yang sahih berkenaan hal tersebut.

Moga-moga usaha YB Khairy dalam isu vaksin ini berjaya dan berjalan lancar. Sama-sama kita doakan. 

Baca: Kumpulan Pertama Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech Selamat Tiba di KLIA

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter