in

“Dari umur 9 tahun dia lari” – Ibu Tiba-Tiba Nak Tuntut 50% Harta Peninggalan Lepas Goo Hara Mati Padahal Dulu ‘Menghilang’

Ibu Hara Harey

Ibu mendiang Goo Hara telah memfailkan tuntutan di mahkamah terhadap harta peninggalan penyanyi tersebut, lapor CNA. Wanita itu dikatakan menuntut 50% daripada harta peninggalan anak perempuannya namun ditentang habis-habisan oleh ayah serta abang mendiang, Hoin.

Goo3

Goo5

Hoin turut meluahkan rasa sedih, kecewa dan marah terhadap ibu mereka kerana lebih mementingkan wang sedangkan sejak dulu dia tidak pernah kisah tentang anak-anaknya.

Saya masih ingat saat ketika ibu pergi. Saya bingung. Bapa beritahu ibu mahukan sesuatu dan membuat keputusan drastik. Saya dan Hara dibuang oleh ibu sendiri.”

Sebab itulah Hara sentiasa mahu disayangi. Apabila dia berpura-pura mahu menjadi ibu Hara selepas dia mati, membuatkan saya marah. Saya benci bila dia mengaku dia ibu Hara.”

Ibu Hara telah menghilang dan meninggalkannya sejak usia 9 tahun lagi. Hara dan Hoin ditinggalkan di bawah jagaan nenek sementara bapa mereka bekerja untuk menampung perbelanjaan sekeluarga.

Goo4

Difahamkan, undang-undang Korea telah menetapkan bahawa harta boleh dibahagikan kepada keluarga (ibu bapa, suami isteri, anak-anak atau adik beradik) jika tiada wasiat ditinggalkan.

Namun, bapa Hara menentang habis-habisan dengan mengatakan bekas isterinya itu telah meninggalkan anak-anak ketika masih muda.

Kami tak boleh terima permintaan si ibu. Dia tinggalkan anak-anaknya ketika masih kecil. Apa hak dia untuk terima harta peninggalan Hara?”

Saya telah kembara ke serata negara untuk bekerja demi menampung perbelanjaan membesarkan anak-anak.”

Goo2

Hara ditemui mati di kediamannya di Seoul pada 24 November tahun lepas.

Baca: “Tak pernah ziarah kubur tapi sibuk nak harta” – Akhirnya Abang Sulli Buka Mulut, Viralkan Pasal Perangai Tamak Bapa

Harta Sulli

Sumber: Korea Boo
Sumber: Hype
Sumber: Korea Boo
Sumber: Kpop Hit