Sudah beberapa bulan Sulli ditemui mati akibat bunuh diri namun isu perebutan hartanya masih belum selesai. Menurut laporan, sebelum ini kedua ibu bapa Sulli dikatakan berperang besar hanya beberapa hari selepas kematiannya kerana nak merebut harta peninggalan bernilai 5 billion Won (RM18 juta).
Mengikut undang-undang negara itu, harta pusaka hendaklah dibahagikan antara ahli keluarga merangkumi ibu bapa, pasangan, anak-anak dan adik beradik.
Namun, memandangkan Sulli belum berkahwin dan tidak meninggalkan sebarang wasiat jadi harta peninggalannya akan diberikan kepada ibu bapa, dua orang abang serta adik lelakinya. Bagaimanapun, abang kedua Sulli, Choi Dae Hee telah membuat keputusan untuk tidak menerima apa-apa harta peninggalan adik perempuannya.
Terbaru, selepas beberapa bulan mendiamkan diri, Choi akhirnya tampil bersuara tentang sikap tamak bapa mereka, lapor Koreaboo. Choi telah meluahkan rasa marahnya melalui media sosial semalam mengatakan bapanya tidak pernah sekalipun menziarahi kubur Sulli.
Saya nak meratapi kematian Sulli dengan tenang tapi bagaimana seseorang yang kami gelar sebagai bapa tergamak hanya memikirkan soal harta sedangkan sekali pun dia tidak pernah menziarahi kubur adik saya itu.”
Choi telah muat naik screenshot yang menunjukkan mesej bapanya yang dihantar kepada kenalan. Bapanya mendedahkan yang dia sudah tidak bertegur sapa dengan ibu mereka selepas bergaduh tentang harta peninggalan Sulli. Kata bapanya dalam mesej tu,
Anak perempuan saya yang telah pergi telah meninggalkan semua asetnya. Saya bergaduh dengan ibu mereka tentang hal ini dan sekarang kami sudah tidak bertegur sapa.”
Sulli ditemui mati dirumahnya di Seongnam, Gyeonggi pada 14 Oktober 2019 kira-kira jam 3.21 petang waktu tempatan. Sehingga kini, masalah pembahagian harta peninggalan Sulli masih belum selesai dan nampaknya ibu bapanya pun bergaduh sesama sendiri kerana aset tersebut.
Baca: “Baru seminggu Sulli pergi”- Ibu Bapa Bergaduh Rebut Harta Peninggalan Sulli Bernilai RM18 Juta