Bagi kpoppers tahun 2019 merupakan tahun ‘gelap’ bagi artis kpop, banyak berita yang membuat mereka tersentak.
Pada tahun berkenaan berita kematian Goo Hara artis kpop dari kumpulan Kara tular di media sosial, siapa sangka artis yang kelihatan sihat memiliki masalah depression dan di temui mati didakwa membunuh diri.
Pelbagai spekulasi timbul susulan kematian bintang kpop ini.
Terbaru, tayangan dokumentari ‘True Story‘ telah mendedahkan permintaan terakhir dan kisah selepas kematian Goo Hara, lapor Allkpop.
Dilaporkan bahawa keluarganya telah dikumpulkan untuk berkongsi cerita mengenai Goo Hara sebelum dia di temui mati bunuh diri.
Untuk menonton video klik sini.
Goo Hara minta cari ibunya – Pakcik
Pak Cik Goo Hara ada menceritakan mengenai permintaan Hara untuk lelaki itu tolong carikan ibunya.
Manakala abang Goo Hara iaitu Goo Haa In berkata bahawa Goo Hara pernah berjumpa dengan ibunya dan wanita itu mendedahkan yang dia rasa itu perkara yang tidak patut dia lakukan.
Kisah di sebalik sifat ibunya selapas kematiannya
Mengejutkan, apabila selepas kematian Goo Hara, ibunya telah tampil menuntut 50% daripada harta bintang kpop itu, bagaimanapun perkara itu di tentang habis-habisan oleh abangnya kerana ibu mereka tinggalkan mereka sejak Hara berumur 9 tahun.
Perkara ini telah membuat abang Goo Hara mengeluarkan petisyen dibawah nama adiknya ‘Goo Hara Law’ untuk melindungi harta adiknya selepas ditinggalkan oleh ibunya
“Harta yang ditinggalkan oleh Goo Hara akan dapat menolong ibu tunggal di korea demi meperingati Goo Hara selepas kematiannya. – Goo Hoo In
Takut sangat bila perkara ni terjadi pada diri kita minta simpang.