in

“Kematian tak terbela” – Ex Goo Hara Hanya Dihukum Penjara Setahun Atas Kesalahan Mencederakan & Ugut Sebar Video Seks

Cjbjpg 696X348 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun lepas, bekas ahli kumpulan KARA, Goo Hara telah ditemui meninggal dunia kerana membunuh diri.

02Ff886212Cb41B981E58C6D6233173C.jpeg

Beberapa bulan sebelum itu pula, dia pernah cuba membunuh diri selepas bekas kekasihnya Choi Jong Bum mengugut untuk sebarkan video seks mereka berdua dan cederakan penyanyi ini.


Selepas dibicarakan hampir setahun, Mahkamah Tertinggi Korea Selatan akhirnya menjatuhkan hukuman ke atas bekas kekasih Goo Hara ini semalam.

Goo Hara

Menurut Hype, lelaki yang bekerja sebagai pendandan rambut selebriti ini telah dijatuhkan hukuman penjara satu tahun kerana mengugut dan mencederakan Goo Hara.

Bukan itu je, hukuman penjara ini juga termasuk merosakkan harta benda, mencederakan, mengugut dan memaksa. Namun, kerana tak cukup bukti, Jongbum didapati tak bersalah atas tuduhan merakam Goo Hara tanpa izin.

Ekoran dari hukuman ini, ramai peminat Goo Hara tak berpuas hati kerana dorang menganggap ianya tak setimpal dengan penderitaan yang harus ditanggung oleh mendiang.

 

Baca: “BF ugut sebar video seks” – Goo Hara Pernah Cuba Bunuh Diri Bulan May, Kena Serang Dengan BF Lepas Tu…

Screenshot 2020 10 16 At 4.21.50 Pm

Sumber: Soompi
Sumber: TODAYonline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.