in

“Dah lah dorang yang check temperature” – Kluster Pengawal Keselamatan, Netizen Minta Kerajaan Periksa Semua Warga Asing

Collage 11

Semasa sidang media Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumumkan bahawa satu kluster baru telah dikesan di Cheras melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan, kluster yang dinamakan sebagai “kluster pengawal keselamatan Cheras” ini setakat 12 tengah hari semalam mempunyai sebanyak 10 kes positif.

96362979 124395382577501 2301709193385607168 N

Di antara 10 kes ini, 9 melibatkan warga Nepal manakala seorang lagi adalah warga tempatan.

Namun begitu, punca jangkitan bagi kluster baru ini masih dalam siasatan dan menambah yang kesemua 9 warga nepal itu tinggal di kediaman yang sama di Cheras.

Tambahnya lagi, setakat ini, seramai 436 orang telah membuat saringan dari kluster ini, 10 disahkan positif, 347 negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan.

Walaupun, KKM tak menamakan pusat beli belah yang dimaksudkan, beberapa netizen mengagak yang pusat beli belah tersebut merupakan MyTown, Cheras ekoran baru-baru ini pihak pengurusan telah memberitahu yang salah seorang pengawal keselamatan dorang disahkan positif Covid-19.

Dikatakan juga, pengawal-pengawal keselamatan yang terlibat ini tinggal di sebuah apartment di atas NSK Cheras bersebelahan dengan Velocity Mall yang terletak kurang 1KM dari MyTown.

Screenshot 2020 05 08 At 12.53.11 Pm

Tak cukup dengan itu, beberapa netizen turut meminta kerajaan atau majikan untuk periksa semua warga asing dan semua tempat penginapan dorang kerana kebanyakan dari warga asing ini duduk berhimpit di satu rumah beramai-ramai.

Screenshot 2020 05 08 At 12.53.31 Pm Down

Takut juga ya, sebab bila kita nak pergi beli groceries, selalunya pengawal keselamatan yang akan check suhu dengan bagi hand sanitiser.

 

Baca: “Dah boleh agak nama kluster baru nanti” – MENGEJUTKAN! Terkini Keadaan Di Kenanga Wholesale City, 4 Mei!

Screenshot 2020 05 08 At 1.31.25 Pm