in

“Dah cuba pelbagai cara” – Anak Bimbang, Bapa Gagal Dihubungi Susulan Banjir Kilat Di Sempadan Nepal-Tibet

Banjir Nepal Ayah Gagal Dihubungi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasib sekumpulan rakyat Malaysia yang dalam perjalanan ke Tibet masih menjadi tanda tanya selepas mereka gagal dihubungi susulan kejadian banjir kilat yang melanda di sempadan Nepal-Tibet.

Kebimbangan itu disuarakan oleh Subramaniam, 38, yang merupakan anak bongsu kepada salah seorang peserta rombongan tersebut, Krishnan Vadivelu, 74.


Menurut Subramaniam, kali terakhir dia menghubungi bapanya pada malam Selasa sebelum keluarga dimaklumkan bahawa kumpulan berkenaan berada di kawasan sempadan Nepal-Tibet pada pagi semalam.

Menurutnya, selepas itu, tiada lagi perkembangan diterima daripada bapanya atau peserta lain dalam rombongan tersebut.

“Kami sudah cuba hubungi mereka sejak semalam melalui WhatsApp, e-mel dan pelbagai cara lain, tetapi masih belum mendapat respons daripada mereka,” katanya.

Tidak hanya menunggu, keluarga Krishnan segera menghubungi pihak berkuasa Nepal bagi mendapatkan perkembangan mengenai keadaan kumpulan terbabit.

Subramaniam berkata, pihak berkuasa Nepal memaklumkan perkara itu sedang diberi perhatian dan dipantau rapat.

Pada masa sama, pihaknya juga sedang berusaha mendapatkan pegawai untuk dihubungi (PIC) daripada agensi yang menguruskan perjalanan rombongan bapanya bagi mengetahui keadaan sebenar peserta.

Artikel berkaitan: Banjir Nepal : Kakak Lega Kawasan Adik Di Annapurna Terselamat

Artikel berkaitan: Banjir Nepal: ATM Tunggu ‘Lampu Hijau’ Untuk Misi SAR

Difahamkan, kumpulan tersebut dipercayai berada di kawasan sempadan bagi menguruskan dokumen sebelum meneruskan perjalanan memasuki Tibet dan seterusnya ke China.

Rombongan berkenaan mengikuti program Kailash August 2026 Batch anjuran Pristine Himalayan Trekkers yang berlepas pada 23 Ogos dan dijadualkan pulang pada 5 September sebelum tiba di Malaysia pada 6 September.

Whatsapp Image 2026 08 27 At 12.09.23 Pm 1024X636 1

Berdasarkan maklumat perjalanan, kumpulan itu terdiri daripada 26 peserta, termasuk Krishnan, dengan majoritinya rakyat Malaysia berusia antara 32 hingga 74 tahun.

Subramaniam berkata, keluarganya turut mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Malaysia bagi memastikan usaha mengesan kumpulan berkenaan dapat dilakukan secepat mungkin.

“Setakat ini, kami dimaklumkan terdapat lebih 50 rakyat Malaysia yang gagal dihubungi,” katanya.

Ketika ini, keluarga berharap pihak berkuasa Malaysia, Kedutaan Malaysia di Nepal serta pihak berkuasa Nepal dapat memberikan perkembangan terkini mengenai usaha mengesan kumpulan berkenaan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.