in

“Dah cakap suruh jual tak mau!” – Kereta Satria Kena ‘Jump’,  Zaquan Adha Kena Bebel Buat Ramai Terhibur

Syaz Ft 2026 08 21T120808.260

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang individu berkongsi pengalaman membantu bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha untuk jump kereta Proton Satria miliknya yang tersadai di sebuah stesen minyak.

Apa yang menarik perhatian, video rakaman dashcam itu tular dan sampai ke isterinya yang merupakan seorang pelakon iaitu Ayu Raudhah.


Artikel berkaitan: “Dekat situ tempat bagi bantuan CPR pada arwah” – Teringat Saat-saat Getir Cuba Selamatkan Anak, Zaquan Adha Mahu jual Meja Snuker

Artikel berkaitan: “Semoga anak syurga daddy hadir dalam mimpi” – Zaquan Adha

Dalam hantaran Threads, Zaquan memuat naik voicenote isterinya itu yang memarahinya kerana masih menyimpan kereta tersebut. Difahamkan, kereta lama itu sudah berulang kali membuat hal dan rosak di tengah jalan sehingga memaksa mereka kerap meminta bantuan orang ramai.

 

View on Threads

 

“Sayang, kenapa dengan kereta kuda kau ni? Tulah cakap jual kereta tu… Naik berapa kali dah mampus tengah jalan. Berapa kali dah minta tolong orang.

Orang kata jual tak mahu, ketegaq!” bebel Ayu dengan loghat utara yang pekat.

Tidak mendiamkan diri, Zaquan menerusi hantaran di aplikasi Threads sempat memuat naik kenyataan balas secara berseloroh bagi mempertahankan kereta kesayangannya itu.

“Perempuan tidak akan faham apa itu bareyyyyy. Demo tok kenal bareyyyyy,” tulisnya sambil memetik (tag) akaun Threads milik isterinya.

Perkongsian tersebut mencetuskan gelak tawa dalam kalangan pengikut dan netizen. Rata-ratanya terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini yang disifatkan sangat relatable dengan situasi orang lelaki yang sukar berpisah dengan kereta nostalgia mereka.

Cats 14

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.