Sebelum ini media melaporkan bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Razak mengumumkan bersara selepas kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak disambung.
Menerusi video temu bual yang tular itu, Zaquan Adha mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak dengan penuh kehibaan sekali gus membuatkan ramai netizen turut sebak.
Bagaimanapun, menurut laporan mStar, Zaquan menjelaskan yang dia menangis ketika itu bukanlah disebabkan kontrak yang telah habis, tapi sebab lain?
Artikel berkaitan:Zaquan Adha Dedah Isteri Pernah Terpeluk Kembar Gara-Gara Keliru Wajah Sama
Menurut suami kepada pelakon Ayu Raudhah, beliau menjelaskan tangisannya itu bukan kerana ditamatkan kontrak tetapi perkataan ‘bersara’.
“Mungkin ada orang tidak faham saya menangis bukan kerana tak sambung kontrak tapi sebab perkataan ‘bersara’, perkataan paling sedih buat semua pemain bola sepak sebab sukan ini adalah jiwa saya.
“Kecewa tu memang pasti tak boleh tipu jadi saya buat keputusan untuk berehat sekejap untuk hilangkan rasa kecewa itu tapi apa pun bola sepak tetap dalam hati saya,” kata Zaquan.
Dalam pada itu, Zaquan akan mempertimbangkan beberapa tawaran lain termasuk pilihan untuk berkecimpung dalam kejurulatihan bola sepak.
Akuinya, beberapa tawaran kontrak baharu diterima daripada pasukan lain, namun dia memilih untuk membantu isterinya berniaga buat masa sekarang.
“Ada juga pasukan lain yang tawarkan saya kembali beraksi tapi saya perlu fikirkan masa depan jadi mungkin perlu buka lembaran baru sebagai jurulatih atau sebagai usahawan tapi yang paling penting nak tenang daripada dunia bola sepak, cuma sekarang nak bantu isteri meniaga,” ujarnya.
Min doakan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi Zaquan selepas ini.
Sumber: mStar