in

Zaquan Adha Dedah Isteri Pernah Terpeluk Kembar Gara-Gara Keliru Wajah Sama

Cats 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat peminat bola sepak tempatan, pasti anda mengenali pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha yang masih lagi aktif bermain sehingga ke hari ini.


Dalam satu sesi Instagram Live bersama pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad, Zaquan Adha ada menceritakan satu insiden lucu yang berlaku di antara isterinya, Ayu Raudhah dan kembarnya, Aidil Zafuan.

3 5

Pada ketika itu, Zaquan sedang ditanya oleh Hafizal Hamad berkenaan tiga makanan yang digemari Aidil. Ketika menjawab soalan tersebut, Zaquan sempat menyelit satu kisah lucu berkenaan isterinya.

Fss

“Dia pernah peluk Aidil tau, salah orang”

Menerusi video tersebut, Zaquan mendedahkan isterinya, Ayu Raudhah pernah tersilap memeluk abangnya, Aidil Zafuan kerana wajah mereka yang seiras.

https://www.tiktok.com/@anakantoojalanan/video/7011148879789886747?referer_url=https%3A%2F%2Fhiburan.cari.com.my%2Fportal.php&referer_video_id=7011148879789886747&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Zaquan sempah berseloroh dengan mengatakan, dia terpaksa membela rambut panjang agar isterinya dapat membezakan mereka berdua.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kisah pemain bola sepak ini. Ada juga yang mengatakan mereka masih sukar untuk membezakan di antara Aidil Zafuan dan Zaquan Adha.

 

BACA: [Video] Pengadil Buat Bodoh Terhadap Tindakan Biadap Pemain Vietnam Tumbuk Zaquan

Capture 15

Sumber: Goal.com
Sumber: Ayu Raudhah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.