in

“Dah ada kerja bagus, hang pi musnahkan” – Cikgu Dicekup Anjur Parti Liar

dad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harapkan pegar, pegar makan padi!

Seorang guru lelaki telah dicekup polis kerana menganjurkan parti dadah di sebuah apartment di Jalan Klang Lama, pagi tadi.


Lebih mengejutkan polis juga turut menahan lapan wanita warganegara tempatan dan lima individu lain termasuk guru berusia 34 tahun itu. Fuhhh

Memetik laporan Kosmo Online, guru lelaki berkenaan juga positif dadah jenis  amphetamin dan methamphetamine.

drug
Sekadar gambar hiasan

“Kesemua individu ditahan berusia antara lingkungan 20 hingga 40 tahun,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe.

Selain itu katanya polis turut merampas sebanyak 39 pil ekstasi, 10 pil erimin 5, ketamin seberat 3.62 gram dan dua kapsul MDMA dalam operasi itu.

gurudadah
Guru lelaki bersama beberapa individu yang ditahan polis pagi tadi. Sumber: Kosmo Online

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati 12 individu yang ditahan itu positif dadah jenis amphetamin, methaphetamine dan ketamin.

“Kesemuanya direman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” ujarnya.

Baca: “Apa jenis manusia ni?” – Budak 11 Tahun Hidap Sifilis Lepas Kakak Ipar Paksa Ambil Dadah & Jadi Pelacur

Screen Shot 2019 09 01 at 9.30.32 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.