in

“Cuma ada rambutan gading & setangkai petai” – Tauke Nafi Bawa Alat S*ks

Fi Tauke Bapa Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak awal bulan lalu, nama pelawak Tauke Jambu sering jadi sebutan ramai selepas dikaitkan dengan kes pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks.


Susulan daripada penahanannya bersama seorang wanita, banyak cerita yang keluar mengenai pelawak itu sampai dia sifatkan sendiri cerita dan tuduhan-tuduhan yang di keluarkan sebagai satu perkara yang melucukan.

 

Petai dan rambutan saja.. Tiada peralatan seks

Berikutan penahanan dilakukan, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria dikatakan membawa beberapa peralatan seks yang ditemui di dalam keretanya.

Tauke Bapa Ayam 2

 

Tak mahu lebih banyak mulut yang salah sangka padanya, Tauke ada memuat naik posting di Instagram storynya. Dalam penulisannya itu, dia memberitahu bahawa dalam keretanya hanya ada rambutan dan petai yang dibeli untuk isterinya dan bukan peralatan seks seperti dihebohkan.

“salam geng..nak citer sikit.. masa wa di tahan..polis periksa kereta wa cuma ada rambutan gading dan setangkai petai.. wa beli untuk bini wa… bukan peralatan2 jijik yg tular..”

Tambahnya lagi, Tauke berkeras mengenai hal ini sebab dia kalau boleh tak nak ada sebarang masalah dengan sesiapa.

Tauke Bapa Ayam 3 Tauke Bapa Ayam 4

 

Adik angkat sendiri?

Menurut sebuah portal hiburan, Tauke ada menjelaskan bahawa wanita tersebut adalah adik angkat perempuannya sendiri dan isterinya turut kenal dengan individu tersebut.

Dia juga memberitahu yang dia tak tergamak nak lakukan perkara tak bermoral sebegitu kepada adik angkatnya sendiri.

“Dalam kejadian tu saya menghantar kenalan iaitu adik angkat perempuan saya, isteri pun kenal,

“Yang saya hantar tu adik angkat, kalau ikut logiknya takkan la adik angkat saya jadi mangsa.” katanya.

Susulan daripada semua kejadian ini, Tauke memaklumkan bahawa dia mengundurkan diri dari dunia hiburan atas beberapa faktor lain.

Kesian Tauke banyak dituduh bawa benda tak elok, kita doakan supaya kes ni cepat selesai.

 

Baca : “Gilalah siapa yang petik nama saya” – Tauke Nafi Dia ‘Pelawak’ Yang Ditahan Kerana Jadi Bapa Ayam

Foot Tauke Bapa Ayam

Sumber: malaysiakini
Sumber: malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.