in

Pakcik Berserban Ditengking Sebab Tak Bayar Bil, Tapi Bila Tahu Hal Sebenar Tauke Kedai Tersentak Lalu…

pakcik berserban kena tengking tauke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita selalu dinasihatkan untuk berdiam ketika sedang marah, sebab risau kita akan bertindak mengikut perasaan marah.

Menurut sebuah perkongsian di Facebook, lelaki yang bernama Fahmi Huzairi berkata, dia sedang menikmati hidangan di sebuah restoran.


Tiba-tiba dia dikejutkan dengan nada suara yang kuat seolah-olah menengking, di mana pemilik restoran sedang memarahi seorang pelanggan yang juga merupakan seorang warga emas kerana dia tidak mempunyai wang untuk membayar bil hidangan beliau.

Screenshot 2022 10 03 121058

“Satu kedai dengar tauke kedai tu sound pakcik ni dengan family dia. Pakcik tu dengan makcik (isteri), empat orang cucu dan tiga perempuan remaja dan dewasa,” kata Fahmi.

Pakcik itu kemudian menjelaskan yang menantu beliau tidak dapat dihubungi malah, dia yang suruh makan di sini, kata pakcik berkenaan kepada tauke kedai.

Peniaga itu kemudian menjawab, “Itu hal awaklah, dah habis makan takkan tak nak bayar…RM259 ni,”

Tanpa berlengah, Fahmi dengan segera memanggil pemilik restoran berkenaan.

Dia meminta pemilik berkenaan untuk mengira bil hidangan beliau berserta bil pakcik tadi dengan syarat meminta tauke kedai itu untuk meminta maaf kepada pakcik yang ditengking tadi.

Pemilik restoran bertanya, “Kenapa tak cakap adik je belanja?”

“Sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan lain akan mula anggap makcik ni tauke restoran yang tak baik, nanti mereka akan cerita macam-macam pasal restoran makcik, padahal saya tahu makcik orang baik,” jelas Fahmi.

Tidak lama selepas itu, Fahmi berkata dia melihat pemilik restoran bersalaman dengan pakcik tadi dan berbual mesra sebelum keluarga berkenaan bangun meminta diri.

Tauke kedai berkenaan terus menuju ke arah Fahmi dan mengucapkan terima kasih serta memulangkan wang yang diberi olehnya sebentar tadi.

“Biar makcik belanja diaorang harini, rupanya menantu pakcik tadi kemalangan sebab tu menantu dia tak angkat call.”

Tetapi Fahmi menolak pemberian tauke restoran itu dengan baik dan menyuruh beliau menyimpan duit itu sebagai sedekah pada masa akan datang.

Screenshot 2022 10 03 122507

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Fahmi dan memuji keperihatinan beliau. Baik betul hati orang-orang macam ni.

Baca : “Pehh takut tengok!” – Netizen Terpegun Lihat Warung Jual Roti Canai Sebesar Dulang Di Melaka

ds 728x383 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.