in

Cucu Pemimpin Politik Terkenal Didakwa Berada di Pub & Langgar PKPP?

Test

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak individu kenamaan (VIP) baru-baru ini didakwa telah melakukan kesalahan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan berada di sebuah pub dekat Taman Tun Dr Ismail melebihi waktu ditetapkan pada 22 Ogos lepas.


Menurut Harian Metro, individu berkenaan telah pun diambil tindakan oleh pihak polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya tidak mengamalkan pilih kasih serta berkompromi terhadap mana-mana individu termasuk anak VIP tersebut.

“Individu terbabit sudah dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan.

“Ini termasuk tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang dikenakan terhadap 29 pengunjung premis itu berusia antara 21 hingga 48 tahun. 

“Ia selaras dengan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No 7) 2020,” katanya.

Dalam serbuan tersebut, 29 pengunjung pub berkenaan telah dikenakan tindakan kompaun setelah mendapati berada di dalam premis tersebut ketika serbuan dibuat sekitar jam 1.20 pagi.

Walau bagaimanapun, kini tular di Twitter mendakwa anak VIP tersebut merupakan cucu kepada pemimpin parti politik terkenal dan mabuk ketika ditahan polis pada hari tersebut. 

Menerusi posting individu yang didakwa ahli keluarga rapat anak VIP tersebut, dia menafikan perkara itu berlaku.

Mabuk 1

Mabuk 2

 

Baca: “Degil tak bertempat” – 28 Individu Ditahan & Dikompaun Sebab Langgar PKPP, Pergi ‘Panjat’ Bukit Broga

Langgar 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.