in

COVID-19: Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah, Malaysia Mungkin Antara Negara Yang Terlibat?

umrah gantung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melihatkan penularan wabak COVID-19 yang makin menjadi-jadi, Arab Saudi hari ini (Khamis) telah menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara tersebut bagi menjalankan umrah untuk membendung jangkitan wabak itu. 

Menurut Astro AWANI, Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan penggantungan itu termasuklah bagi program ziarah Masjid Nabawi di Madinah.


 

Penggantungan babit individu dari negara yang terjejas COVID-19 

Dalam kenyataan tu lagi, kementerian menyebut yang penggantungan ini turut babitkan individu yang guna visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19. 

Malah laporan Arab News juga memberitahu, garis panduan yang dikeluarkan dalam mengekang virus tu juga termasuklah menggantung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.

87984307 10157900529179242 8524685697947271168 o

Dengan hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun, majoriti dari mereka ini telah mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.

Pun begitu, sehingga setakat ini tiada lagi kes COVID-19 yang dilaporkan di Arab Saudi kecuali seorang warganya yang kini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.

 

Malaysia antara negara yang terlibat? 

Bagi jemaah yang sedang mengerjakan umrah atau bakal mengerjakan umrah tak lama lagi, soalan ini pasti sedang berlegar di minda korang kan?

Sehingga setakat ini, tiada lagi pengesahan mahupun kenyataan yang dikeluarkan pihak berwajib dan Tabung Haji berkaitan isu ini.

Walau bagaimanapun, beberapa individu di media sosial menjangkakan Malaysia juga akan terpalit dengan isu ini disebabkan kita antara 38 negara yang mempunyai kes COVID-19.

https://www.facebook.com/UstazAhmadFazrinYahayaFanClub/posts/2925157890874679

 

Rata-rata netizen yang menerima berita ini berasa agak risau dan ada pula yang setuju dengan tindakan Arab Saudi kerana penggantungan ini bersifat sementara serta ia bertujuan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang bahaya.

netz

Apa-apapun bagi mereka yang akan melaksanakan umrah dalam masa terdekat ni, admin cadangkan adalah lebih baik anda berhubung dengan pihak agensi travel yang menguruskan perjalanan umrah anda untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Takut juga kalau tiba-tiba tak jadi atau ditangguhkan kan? Semoga semuanya dipermudahkan. 

Baca: Malaysia Perlu Bersedia Hadapi Penularan Jangkitan Tempatan Covid-19: Pakar

corona 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.