Tragedi hitam yang menimpa bintang Kpop, Sulli baru-baru ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak patut pun terjadi pada asalnya.
Menurut Naver News, Sulli yang ditemui mati pada 14 Oktober lepas sebenarnya pernah merungut dan berkali-kali minta pihak pengurusannya iaitu SM Entertainment untuk ambil tindakan tegas terhadap komen-komen negatif yang diterimanya.
Dah banyak kali complaint, tapi SM Entertainment tak buat apa-apa?
Sumber memberitahu,
“Sulli memang sedang menghadapi kesukaran untuk berdepan dengan komen-komen negatif. Dia ada minta pihak agensinya untuk ambil tindakan tegas terhadap mereka.”
Pun begitu, setelah memberitahu pendiriannya dalam hal berkenaan melalui managernya, pihak SM Entertainment nampaknya langsung tak ambil sebarang tindakan dan bertindak pasif.
Sungguhpun, pihak SM Entertainment kononnya dulu pernah ‘declare war’ dengan netizen yang kerap komen negatif pada tahun lepas dan berjanji nak hapuskan semua hal ni, perkara ni hanya dianggap macam taktik sengaja nak menakut-nakutkan netizen je padahal mereka tak buat apa-apapun.
Malah SM Entertainment jugak mengaku yang bukan senang nak ambil tindakan terhadap netizen terbabit sebab IP adress mereka telah didaftarkan di oversea.
Untuk rekod, Sulli pernah suspend aktiviti kariernya pada tahun 2014 dalam tempoh setahun sebab tak tahan dengan komen negatif yang diterimanya.
Kesian betul… Tak sangka orang di sekelilingnya begitu kejam buat macam tu.