in

“Citra anak solehah” – Netizen Tersentuh Lihat Anak Syurga Erma Fatima Hadiahkan Diari Bertulis Doa Khas Buat Ibunya

Citra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai kat luar sana melihat kepayahan ibu bapa yang menjaga anak-anak istimewa. Namun jarang yang tahu bahawa anak-anak ini adalah rahmat terbesar buat keluarga tersebut.


Kalau dulu kita selalu dengar kisah mengenai anak autism Zarina Zainuddin, tapi ramai yang tak tahu bahawa pengarah dan pelakon, Erma Fatima juga mempunyai seorang anak istimewa bernama Citra. 

 

“Hadiah dari Citra tahun ni sangat menyentuh hati aku…” 

Baru-baru ini, video Citra memberi hadiah kepada Erma Fatima pada hari jadinya viral di laman Instagram.

Erma yang berkongsi video tersebut kepada followersnya memberitahu bahawa Citra telah menghadiahkannya sebuah diari khas yang menuliskan semua doa-doa remaja tersebut kepada Erma. Allah… mulianya hati awak Citra! 

 

“Mulianya hati awak Citra. Keikhlasan hati dan kasih sayangnya yang tak terucap kepada mamanya” 

Rata-rata netizen melihat video Erma berasa sangat tersentuh akan sikap mulia dan sucinya hati Citra. Zarina Zainuddin pun sempat meninggalkan komen kerana terharu melihat tingkah laku ikhlas anak Erma tersebut.

Citra 1

Citra 2
sumber: instagram

 

Citra sebenarnya bukan anak autism tapi sebenarnya…

Bagi mereka yang selalu follow Instagram Erma Fatima, ramai yang mungkin dah tahu bahawa Citra ini merupakan anak angkat Erma yang diambil semasa dia masih berkahwin dengan pengarah, Bade Azmi.

Menurut Erma, Citra tidak menghidap penyakit autism namun dia mengalami brain damage kerana separuh otaknya rosak semasa dalam perut ibu kandung akibat kesan pengambilan ubat.

Semenjak Erma selalu memuat naik aktivitinya bersama Citra, followers jadi berminat dengan kisah hidup gadis istimewa ini. Citra juga ialah penerbit eksekutif bagi drama bersiri Mak Cun tau!

Semoga Citra sihat selalu dan terus beri inspirasi buat semua! 

Baca: “Saya nak kahwin, saya nak kahwin” – Anak Autism Zarina Zainuddin Nyatakan Hasrat Ingin Berkahwin

Zz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.