in

Cinnamon Brown: Remaja 14 Tahun ‘Meringkuk’ Dalam Penjara Gara-gara Diperdaya Bapa Sendiri

Collage 18

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Awal pagi 19 Mac 1985, seorang remaja berusia 14 tahun telah masuk ke dalam bilik ibu tirinya yang sedang tidur. Berdiri di hadapan katil, remaja ini kemudiannya melepaskan satu tembakan ke arah perut ibu tirinya itu diikuti dengan tembakan yang menyebabkan wanita tersebut mati serta-merta.

Apabila wanita ini ditemui mati tak lama selepas itu, remaja ini yang telah dipujuk oleh bapanya sendiri untuk melindunginya dari dimasukkan ke dalam penjara telah bersedia untuk membuat pengakuan atas pembunuhan tersebut.

Sementara itu, bapanya yang dilihat sedih mendakwa bahawa dia telah meninggalkan rumahnya pada malam tersebut untuk lari dari pertengkaran di antara isteri dan anaknya itu.

Tapi apa yang remaja malang ni tak tahu, bapanya dan kekasih sulitnya iaitu adik kepada isterinya sendiri telah pun menuntut wang insurans nyawa dan hidup dalam kekayaan.

Ini adalah kisah Cinnamon Brown dan bagaimana dia telah diperdaya oleh bapanya sendiri untuk membunuh ibu tirinya dan terpaksa menanggung hukuman seorang diri.

Cinnamon Brown diperdaya bapa

Pada tahun 1985, keluarga Brown ini dilihat mempunyai kehidupan yang sama macam keluarga-keluarga lain di California.

Ketua keluarga, David Brown yang berusia 36 tahun mempunyai perniagaan pemulihan data komputer yang menguntungkan. Dia telah berkahwin dengan isterinya Linda yang berusia 23 tahun dan mereka dikurniakan dengan seorang anak, Krystal yang masih bayi.

Cinnamon merupakan anak David melalui perkahwinannya yang pertama dan remaja berusia 14 tahun ini telah tinggal bersama bapanya dan adik Linda, Patti Bailey yang kini berusia 17 tahun selepas berpindah ke sana ketika usia 11 tahun.

Namun kebahagian keluarga ini hanyalah ilusi semata-mata.

The Brown Family Before Tragedy Struck

David telah membuat rancangan selama dua tahun dengan memburukkan Linda kepada Cinnamon dah Patti. Lelaki ini memberitahu mereka yang Linda dan abangnya ada rancangan untuk membunuh dan mengambil alih perniagaannya. Bagi menyelamatkan dia, mereka perlu bunuh Linda terlebih dahulu.

David turut mendakwa bahawa dia tak sampai hati untuk bunuh isterinya itu sendiri dan anak perempuannya, Cinnamon merupakan calon yang terbaik untuk melakukannya.

Kalau kamu sayangkan ayah, kamu akan buat ini untuk ayah.”

David telah memujuk Cinnamon berkali-kali dan berjanji yang anaknya itu tak akan masuk penjara kerana membunuh ekoran usianya dan dia hanya akan diberikan rawatan sakit jiwa dan dihantar semula ke rumah.

Manakala bagi Patti, dia mempunyai alasannya yang sendiri mahukan kakaknya ini mati. Linda merupakan penghalangnya untuk mengahwini David.

Patti merupakan kanak-kanak yang bermasalah dan miskin. Dia telah dibesarkan oleh ibunya yang merupakan seorang kaki botol dan telah dicabul oleh abangnya sendiri. Patti percaya yang dia telah berjaya keluar dari kesusahan hidupnya bila berpindah ke rumah kakaknya ketika berusia 11 tahun namun dia telah digoda sehingga jatuh cinta pada abang iparnya sendiri.

Tak lama selepas dia berpindah ke rumah tersebut, David mula mencabulnya, namun dia fikirkan perkara ini adalah normal dan tak lama kemudian dia jatuh cinta pada lelaki tersebut dan di matanya, dia telah berikan lelaki itu segala-galanya.

Patty Bailey In Court

Saya ingatkan benda tu normal dekat mana-mana pun.” – Patti.

Tak lama kemudian, Patti dan Cinnamon yang telah dihasut oleh David ini mula membuat rancangan untuk membunuh Linda Brown.

Sementara itu, David secara senyap-senyap telah pun mengambil beberapa insurans nyawa atas nama isterinya termasuk dua polisi yang dibeli dua bulan sebelum kematiannya. Kesemua insurans ini berjumlah US$842,793 (RM3.8 juta).

Pembunuhan Linda Brown

Linda Brown In The Months Before Her Murder

Pada tengah malam 19 Mac 1985, David telah mengejutkan Cinnamon dan Patti yang sedang tidur.

Kita perlu buat benda ni malam ni jugak.”

Selepas berbulan-bulan membuat rancangan, David menyerahkan sepucuk pistol kepada Cinnamon. Tak cukup dengan itu, dia turut memberikan pil untuk diambil oleh Cinnamon untuk dimakan kononnya sebagai cara untuk membunuh diri.

Sebelum ini, David juga telah mengajar Cinnamon cara untuk menulis surat bunuh diri dan memberitahu anaknya, cara ini membolehkan dia untuk mendapat hukuman yang ringan.

David kemudiannya telah meninggalkan rumah dan keluar untuk pergi ke kedai serbaneka berhampiran. Lelaki ini turut memastikan pekerja kedai itu nampak dia di dalam kedai bagi mendapatkan alibi. Dia kemudiannya memberitahu pegawai polis yang dia telah keluar rumah lebih awal kerana tak tahan mendengar pertengkaran di antara isteri dan anaknya.

Sementera itu, Patti berdiri berhampiran sambil memegang Krystal manakala Cinnamon berdiri di atas ibu tirinya yang sedang tidur dan menggunakan bantal untuk perlahankan bunyi dan tembak perut wanita tersebut. Cinnamon kemudiannya melepaskan tembakan kedua yang menyebabkan kematian Linda.

Ketika pihak polis tiba, mereka telah memeriksa laman belakang rumah dan menemui Cinnamon terbaring di dalam rumah anjing mereka di dalam muntah dan air kencingnya sambil memegang nota yang diikat dengan riben. Dalam nota tersebut tertulis…

Tuhan, tolong maafkan aku. Aku tak ada niat nak sakitkan dia.”

Cinnamon ditemui dalam keadaan seperti itu kerana overdose. Pihak polis percaya, sekiranya dia tidak muntah, remaja ini juga turut akan mati dan secara tak langsung berikan jalan keluar yang lebih mudah untuk bapanya.

Motif pembunuhan Linda Brown kemudiannya dikatakan ekoran perbalahan tanpa henti di antara Cinnamon dan ibu tirinya itu. Walaupun Cinnamon telah membuat pengakuan membunuh Linda, dia terkejut apabila dia menerima hukuman penjara 27 tahun hingga seumur hidup walaupun bapanya janji yang dia akan terselamat.

Bagaimanapun, penyiasat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan kes ini dan akhirnya mereka temui perkara yang sebenar.

Cinnamon dedahkan jenayah bapanya

Cinnamon Brown

Selepas isterinya mati, David telah mendapat wang pampasan yang cukup untuk dia beli sebuah rumah yang cantik di Anaheim Hills dan kereta-kereta baru.

Dengan ketiadaan Linda, lelaki ini juga bebas untuk bersama dengan adik iparnya dan mereka mula berkahwin senyap-senyap pada tahun 1986. Mereka mempunyai seorang anak perempuan setahun kemudian dan menggunakan nama lelaki lain sebagai bapa anak tersebut.

Sementara itu, Cinnamon Brown yang meringkuk di dalam penjara perlahan-lahan sedar dengan penipuan bapanya. Lebih-lebih lagi selepas David jarang melawatnya dan rayuannya untuk keluar penjara juga telah ditolak beberapa kali selepas dia mengatakan dia tak ingat tentang pembunuhan tersebut seperti yang dinasihati oleh bapanya.

Kemudian, Cinnamon dapat tahu mengenai insurans yang diambil oleh David serta hubungan bapanya dengan Patti. Marah, Cinnamon membuat keputusan yang bapanya dan Patti turut sama bertanggungjawab dalam pembunuhan ibu tirinya itu.

Cinnamon mula bekerjasama dengan pendakwa raya bagi memberitahu kisah sebenar.

Pada Ogos 1988, Cinnamon secara senyap-senyap telah memakai mikrofon ketika David melawatnya. Tanpa menunggu lama, David telah mengaku yang dia campurkan pil yang diberikan kepada Cinnamon. David turut berkata yang anaknya itu tak boleh beritahu perkara sebenar tentang malam tersebut kerana dia tak boleh hidup di penjara.

Tapi, David membuat janji bahawa dia akan memujuk Patti untuk mengaku membunuh supaya isteri barunya itu boleh mengambil tempat Cinnamon di dalam penjara.

Ketika David dan Patti ditahan beberapa minggu kemudian, lelaki ini telah menafikan semua cerita anaknya. Tapi lepas dia tahu yang perbualannya dengan Cinnamon telah dirakamkan, dia mula menukar cerita dan mengaku tentang beberapa perkara namun masih menyalahkan Cinnamon dan Patti.

Manakala Patti telah memberikan kerjasama dengan pihak pendakwa raya dan bersetuju untuk memberikan keterangan mengenai suami barunya itu.

Cinnamon Brown akhirnya bebas

Ketika ditahan di penjara semasa perbicaraan ke atasnya dijalankan, David Brown meneruskan rancangannya. Dia telah memberi tawaran kepada banduan yang bakal keluar Richard Steinhart bayaran sebanyak setengah juta untuk membunuh Patti dan dua pegawai pejabat pendakwa raya. Dia percaya yang rancangannya ini dapat menangguhkan perbicaraannya dan sekaligus memberikan kelebihan untuknya.

Namun begitu, Richard telah memberitahu pihak pendakwa raya mengenai rancangan David dan bersetuju untuk merakamkan perbualannya dengan David. Dia telah membuat panggilan dan memberitahu David bahawa dia telah pun melaksanakan pembunhan tersebut.

David Brown In Jail

Bagus, kau orang yang baik!”

Ketika perbicaraannya pada tahun 1990, Cinnamon dan Patti telah membuat pengakuan mengatakan bahawa David adalah perancang sebenar di sebalik pembunuhan Linda Brown. Lelaki ini kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol. David kemudiannya mati di dalam penjara pada tahun 2014.

Kes Patti pula telah dibicarakan di mahkamah juvana ekoran usianya baru 17 tahun ketika pembunuhan tersebut. Dia telah dijatuhkan hukuman untuk menjalani pemulihan.

Cinnamon Brown pula telah menghabiskan hukuman penjara tujuh tahun dan  berjaya mendapat diploma dan menghabiskan degree selepas diberikan pengampunan pada tahun 1992.

Ketika perbicaraan bapanya, dia memberitahu mahkamah bahawa rasa sayang pada bapanya telah membuatkan dia bunuh ibu tirinya.

Saya sayangkan dia. Saya tak nak hilang ayah saya. Kenapa dia suruh saya buat benda yang tak betul macam ni?”

Teruk betul bapak dia ni, memang fikir diri sendiri je.

Sumber: ati

 

Baca: Betty Broderick: Wanita ‘Naik Gila’ Sampai Bunuh Suami, Lepas Kantoi Curang Dengan ‘Secretary’ Sendiri

Collage 2 758X399.Png 1