in

Bapa Tiri Dijatuhi Hukuman Penjara 15 Tahun, Rogol Anak Berusia 12 Tahun Sehingga Mengandung

Bapa Tiri Rogol Anak

Tugas menjadi seorang bapa antaranya adalah menjaga serta memastikan anak mereka sentiasa berada dalam keadaan yang selesa selain memastikan keselamatan mereka terjaga.

Pun begitu, hari ini terdapat satu kes yang mengejutkan apabila seseorang yang diamanahkan untuk menjaga anaknya telah melakukan sesuatu yang amat jijik dan kejam.

Seorang lelaki difahamkan telah merogol anak tirinya yang baru sahaja berusia 12 tahun sehingga kanak-kanak tersebut mengandung.

Menurut laporan Berita Harian, jenayah yang berlaku di Sabah itu dilakukan oleh seorang lelaki yang merupakan warganegara Indonesia yang bekerja sebagai buruh ladang dan dia dikatakan melakukan perkara terkutuk itu pada jam 8 pagi antara 1 hingga 30 Ogos, tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain trauma yang dialami mangsa.

Pexels Pixabay 278303
Gambar hiasan

Beliau berkata seorang bapa, tertuduh sepatutnya memberi perlindungan kepada mangsa tanpa mengira status sama ada anak kandung ataupun anak tiri, sebaliknya tertuduh bertindak merogol mangsa sehingga hamil tujuh bulan.

“Pendakwaan juga mengambil kira faktor trauma dialami mangsa, yang mana dalam kes ini mangsa yang masih muda (12 tahun) kelak terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang Ibu tunggal tanpa suami dan anak tanpa ayah.

Rayuan yang dikemukakan tertuduh juga sedikit pun tidak menunjukkan perasaan insaf atau menyesal atas perbuatan yang telah dilakukannya.” katanya.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh, dipenjara 15 tahun dan sepuluh sebatan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 22 September 2022, serta dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman.

Tergamaknya…

Baca: Lepas 30 Tahun, Anak Berjaya Tangkap 2 Lelaki Rogol Ibu Sampai Hamil Ketika Berusia 12 Tahun

Collage 69