in

Bukan Sebab Dari Jepun, Ini Asal Usul Terciptanya Nama ‘Selipar Jepun’

Ft Asal Usul Nama Selipar Jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita akan dengar istilah selipar Jepun daripada orang-orang lama kan? Malah, kita sendiri menggunakan istilah tersebut.


Biasanya gelaran selipar Jepun kita akan gunakan dekat selipar getah yang tapak pijak warna putih dan ‘tali’ warna biru kan?

Tapi kenapa kita panggil ianya Selipar Jepun? Selipar tu import dari Jepun ke? Ke Jepun pencetus selipar?

 

Sejarah selipar

Menurut sumber Utusan TV, kewujudan selipar ini dihasilkan oleh kaum-kaum primitif. Dikatakan, ada sandal tertua di dunia yang diperbuat daripada kulit lembu telah ditemui di sebuah gua di Armenia.

Walaupun dah lama, keadaan selipar itu masih lagi dalam keadaan baik, meskipun diyakini wujud kira-kira 3,500 Sebelum Masihi (SM)

Bagaimanapun, dikatakan selipar ini dah wujud sejak zaman itu lagi, ada bukti lain menunjukkan bahawa penggunaan selipar sebenarnya lebih lama daripada tempoh tersebut.

Seorang Profesor Antropologi Fizik dari Universiti Washington di St. Louis, Erik Trinkaus, menyatakan bahawa beliau yakin selipar telah digunakan sejak sekitar 40,000 dan 26,000 tahun dahulu lagi.

Dikatakan tujuan asal adalah untuk perindungan kaki daripada batu tajam, tusukan duri,kepanasan, kesejukan ketika keluar memburu atau mencari perlindungan.

Screenshot 2022 08 12 175916

Ia kemudiannya menjadi revolusi sehingga ini dan dijadikan sebagai satu keperluan untuk semua orang. Berdasarkan penemuan ini, jelaslah bahawa Jepun bukanlah pencetus utama selipar. Cuma kenapa orang kita suka namakan selipar ini sebagai Selipar Jepun?

2 versi cerita tercetusnya istilah Selipar Jepun

Selipar Jepun

Gelaran ini hanya popular dalam kalangan rakyat Malaysia sahaja, negara jiran pun tak kenal langsung istilah ini. Sumber menyatakan bahawa, mereka akan kenal gelaran ini sebagai satu nama arak yang dicampur dengan manisan sahaja, Japanese Slipper.

Untuk pengetahuan, revolusi selipar di tanah melayu ini bukan datang dari mereka, tapi ilham itu mungkin datang daripada mereka, sejak dahulu sebelum negara kita dijajah oleh tentera Jepun lagi, kita dah pakai selipar tali berbentuk V itu. Ceritanya ada bermacam-macam versi.

Versi pertama :

Ada yang menyatakan bahawa ia dikaitkan dengan sejarah penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.

Kita sedia maklum bahawa banyak kezaliman yang nenek moyang kita lalui pada zaman pemerintahan mereka, dikatakan banyak penyeksaan terhadap penduduk kampung.

Menurut sumber, kebanyakan kezaliman dan kekerasan itu dilakukan menggunakan selipar. Antaranya, menampar muka mangsa menggunakan bahawa yang diperbuat daripada getah itu, masukkan kedalam mulut tahan, dipaksa gigit sampai gigi patah.

Japan Military Manoeuvres Loc 16161062030

Malah perempuan tempatan juga turut menjadi mangsa kezaliman mereka dimana mereka suka mengusik mereka yang diakhiri dengan tindakan buas merogol dan dikatakan memasukkan selipar ke dalam kemaluan mangsa.

Bahkan dikatakan pada waktu itu tiada siapa berani mengadu lapar dan merayu bantuan makanan kepada tentera Jepun kerana jika dibuat pasti tidak akan diendahkan, sebaliknya tentera itu akan paksa pengadu masak selipar dan dipaksa makan.

Malah, disebabkan ia dijadikan bahan seksaan, tentera Jepun anggap ia seperti satu mesej hinaan. Oleh itu, tiada sesiapa yang sudi pakai. Mereka lebih bangga menyarung kasut, apatah lagi harga sepatu pada masa itu sangat mahal. Penduduk kampung yang tidak memiliki wang dan hidup dalam kesempitan pula sekadar mampu memakai selipar buruk.

Kesannya, penduduk kampung jadi fobia terhadap selipar dan mula memanggil alas kaki itu sebagai Selipar Jepun.

Versi kedua :

Menurut Remaja, ianya tercetus pada tahun 1937 dimana terdapat banyak kilang Cina buat kasut berasaskan getah.

Namun, selepas Jepun memerintah tanah melayu ketika Perang Dunia Kedua, Jepun ambil alih kilang-kilang Cina ini termasuklah estet getah.

Disebabkan itu, mereka ada kuasa penuh dalam menghasilkan getah di tanah melayu. Bagaimanapun mereka tidak membuat kasut, tetapi getah itu dibuat sebagai peralatan militari yang menyebabkan industri kasut berasaskan getah terhenti.

Oleh sebab itu, Jepun membawa masuk Zori ke tanah melayu. Bagaimanapun, disebabkan harga barangan asas seperti kasut dan baju melambung tinggi, zori diubah suai dibuat menggunakan tayar terbuang dan kos untuk buat zori hampir tiada. Disebabkan itulah wujudnya gelaran Selipar Jepun.

640Px Zoori Straw
Zori

Namun, selepas Jepun menyerah kalah keluar dari tanah melayu, Selipar Jepun menjadi sentimen anti-Jepun yang sangat kuat. Namun, pengeluar nampak versatiliti dan potensi Selipar Jepun ini kerana mudah dipakai, tahan lasak dan murah. Maka, mereka popularkan semula penggunaan Selipar Jepun.

Baca : Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!

Cats 5

Sumber: Remaja
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.