in

“Bukan sebab buta atau cacat, dah lama saya niat, bila masuk usia 40 tahun, saya akan bertongkat” – Suhaimi Saad

Ss4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehubungan dengan sakit mata kronik yang dialami bekas penyanyi kumpulan nasyid InTeam, Suhaimi Saad, 40, begitu  optimis apabila dia kini harus bertongkat sejak setahun lalu, walaupun penglihatan dan pergerakannya terbatas.

 

Bertongkat itu sunnah para nabi” – Suhaimi Saad

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Suhaimi menjelaskan memang dia dah pasang niat, apabila umurnya menjangkau 40-an, dia akan bertongkat.


“Bukan sebab buta atau cacat. dah lama ss niat, bila masuk umur 40 tahun, ss akan bergongkat.”

“Mudah-mudahan itu akan menjadi pengingat kepada saya, bahawa apabila usia meningkat, hidupmu semakin singkat, hari kematianmu makin dekat, tinggalkanlah segala dosa dan maksiat, perbanyakkanlah amal soleh dan taubat,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CHT5G-rhWxa/

Malah, Harian Metro melaporkan bahawa Suhaimi ada membuat penjelasan mengenai sakit kroniknya menerusi IG Live. Katanya, sakit itu dialami sejak setahun lalu.

Dia juga menjangkakan bahawa penyakit mata yang dihidapinya itu mungkin terkena gangguan sihir.

“Saya sudah merujuk kepada ustaz dan pusat perubatan Islam berhubung penyakit itu dan percaya kesakitan yang saya alami ini ada kaitan dengan buatan orang. Kalau berjumpa doktor, mereka akan buat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz, memang ada kemungkinan unsur itu (sihir).”

Katanya lagi, dia percaya pada sihir dan santau. Malah Suhaimi memilih untuk merahsiakan kaedah rawatan yang dilakukannya bagi mengelakkan kecaman.

“Saya percaya dengan sihir dan santau, tapi saya juga ikhtiar secara rawatan fizikal dan rohani kerana percaya pada ubat-ubatan” 

Kata Suhaimi lagi, dia sekarang memerlukan bantuan isterinya, Ina Naim dalam urusan harian seperti memandu kereta untuk ke mana-mana.

 

Baca : Suhaimi Saad Kini Alami Sakit Mata Kronik, Ina Naim Perlu Pimpin Jika Mahu Berjalan

Ss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.