in

“Bukan dari komponen tren” – Rapid KL Dedah Punca L*tupan Kecil Di Laluan Kelana Jaya

Lrt Kelana Jaya Letupan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berlaku satu insiden bunyi letupan kecil membabitkan sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya di Stesen Taman Jaya menghala ke Putra Heights, semalam.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada jam 7.18 malam, melibatkan tren bernombor 57.


Katanya, letupan kecil itu berpunca daripada seutas dawai halus yang tersangkut pada sistem bekalan kuasa.

“Hasil siasatan mendapati terdapat seutas dawai halus yang bukan sebahagian daripada komponen tren mahupun landasan yang telah cair di lokasi kejadian.

“Dawai tersebut dipercayai telah tersangkut pada sistem bekalan kuasa, menyebabkan bunyi letupan kecil berkenaan,” tulis kenyataan itu.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Rapid KL Akan Siasat Kes 2 Lelaki Buat Aktiviti Tak Senonoh Dalam Tren

Artikel berkaitan: Isu Kerosakan LRT Rapid KL Jadi Topik Hangat, Netizen Di Threads Kongsi Cadangan Yang Boleh Diperbaiki

Menurut Rapid KL, sebagai langkah keselamatan, tren berkenaan dikeluarkan serta-merta daripada perkhidmatan dan semua penumpang diturunkan dengan selamat di stesen berikutnya sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren lain.

“Kami turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan operasi perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya tidak terjejas serta beroperasi seperti biasa,” katanya.

Jelasnya lagi, pemeriksaan awal oleh pasukan teknikal ke atas tren dan infrastruktur landasan di antara Stesen Universiti dan Stesen Taman Jaya juga mendapati tiada sebarang kerosakan manakala keadaan landasan disahkan selamat untuk operasi.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.