in

Rapid KL Akan Siasat Kes 2 Lelaki Buat Aktiviti Tak Senonoh Dalam Tren

Ft Lelaki Buat Aksi Tak Senonoh

Satu video di media sosial kini sedang tular memaparkan 2 lelaki melakukan aksi sumbang dengan bercium di dalam tren telah mencetuskan kemarahan ramai.

Video tersebut memperlihatkan dua lelaki sedang saling berciuman di pipi dan bibir antara satu sama lain. Menurut netizen, kedua-dua lelaki terbabit dipercayai warga asing.

Artikel berkaitan: “Selamatkan nyawa orang tapi” – ‘Cooler Bag’ Susu Ibu Selamatkan Nyawa Penumpang Nahas Tren Bekasi Daripada Tert*suk Besi

Artikel berkaitan: “Manusia ketegaq!”– Rupanya Ini Punca Sebenar Tren Selalu ‘Kena Mengalah’ Di Thailand

Screenshot 2026 06 22 163354

Dalam pada itu, pihak Rapid KL menerusi Harian Metro menyatakan bahawa pihak mereka telah ambil cakna mengenai kejadian terbabit.

“Perbuatan kelakuan sumbang adalah dilarang di dalam semua tren perkhidmatan Rapid KL. Malah, notis berkaitan larangan itu ada dipaparkan di dalam setiap tren kami.”

Dalam pada itu, pihak Rapid KL juga mengingatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang kejadian yang melanggar peraturan tersebut atau mencurigakan melalui mana-mana saluran rasmi Rapid KL.

“Di setiap gerabak tren juga mempunyai kod QR WhatsApp Rapid KL untuk memudahkan penumpang berhubung terus melalui talian khidmat pelanggan kami.”

“Setiap laporan yang kami terima, ia akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil dengan segera.”

Sumber : Harian Metro