in

Budak Sekolah Lari Bertempiaran Dikejar Dengan Penyapu Oleh Mak Ditertawakan Ramai

Pukul Dengan Mak Englorang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Budak Sekolah Lari Bertempiaran Dikejar Dengan Penyapu Oleh Mak Ditertawakan Ramai
Loading
/

Inilah yang dipanggil samseng tahi kucing! Di depan kawan-kawan sebaya, bukan main hendak bertumbuk dan membuli rakan yang lemah. Tapi janganlah sampai ibu mereka tahu, mahu lari masuk dalam gua sebab takut!


Netizen di Indonesia kecoh apabila tularnya sebuah video di Facebook yang menunjukkan seorang wanita menggempur budak-budak sekolah yang sedang berkelahi dengan hanya menggunakan sebatang penyapu. Wah, wah, wah! 

Penyapu
sumber: tribunbarru

Menurut TribunBarru, kejadian ini telah berlaku di SMPN 1 Barru, Kabupaten Barru, Indonesia pada hari Sabtu lalu.

Klip video tersebut bermula dengan beberapa pelajar sekolah dilihat sedang bertumbuk sambil dikelilingi kumpulan remaja yang galak menonton pergaduhan tersebut.

Capture 20171116 124731
sumber: facebook

Namun secara tiba-tiba, muncul seorang ’emak’ berbaju merah jambu dengan beraninya menghayunkan batang penyapu ke arah remaja tersebut. Pergaduhan itu segera dileraikan dan pelajar berkenaan lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Hah padan muka!

Wanita itu kemudian cuba mengejar salah seorang daripada pelajar tadi dan menghayunkan penyapunya ke arah budak tersebut. Namun secara tidak sengaja bahagian depan batang penyapu berkenaan tercabut pula! Uh-uh! 

Capture 20171116 124631
sumber: facebook

Tidak panik dengan keadaan itu, ’emak’ berkenaan mengangkat penyapunya kepada remaja yang berada di sekeliling sebagai tanda amaran untuk tidak buat hal lagi! Haa jangan main-main dengan emak korang ye! 

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan geli hati dengan kelakuan remaja yang acah-acah samseng namun akhirnya tumpas dengan ‘kuasa emak-emak’.

“The power of emak-emak.”

“Makanya jangan remehkan emak-emak! Kerana kalau sudah pegang penyapu, Lord Voldermort pun bakal memanjat tiang letrik,” kata seorang netizen.

“Bagus betul ibu ini. Bukan pihak sekolah yang mencegah perkelahian, malah suri rumah tangga pula. Guru-guru pergi ke mana?” tambah seorang lagi netizen.

Syurga di bawah telapak kaki ibu. Sebelum nak buat perkara tak elok tu, ingatlah ibu anda dulu tau. Sayang ibu! 

Baca: MMA Fighter Tunjuk Hebat Mahu Berlawan Dengan Pengawal Keselamatan Tetapi Berjaya Dikalahkan Dengan Mudah

Fighter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.