in

Budak 6 Tahun Maut Lepas Terjatuh Dari Jambatan Gantung Masa Nak Pulang Ke Rumah Dari Sekolah

Feat Pjimage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sekarang dah nak masuk tahun 2020, ramai lagi kanak-kanak di kawasan pedalaman perlu bersusah payah meredah sungai dan hutan hanya untuk ke sekolah. Kadang-kadang sampai bertarung nyawa.


Macam insiden yang berlaku di Kampung Porotawoi di Tongod, Sabah ini. Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal bila dia terjatuh dari lubang jambatan gantung lama semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah pada hari Selasa (23 Julai) lalu.

2 1 Capture
Sumber: china press

Menurut NST, penduduk kampung berjaya menemui mayat budak perempuan, Angelliena ini selepas mencari selama 45 minit. Mayatnya ditemui tujuh meter dari jambatan gantung tersebut.

Ketika mayat budak ini ditemui, beg sekolah yang dipakai masih terletak di badannya. Bapa mangsa, Juilan Razali sedang bekerja ketika isterinya memberitahu tentang insiden menyayat hati ini.

Bapa ini berkata, kawan Angelliena nampak anaknya terjatuh dari lubang jambatan, tapi bila bapa ini sampai ke kawasan tersebut, anaknya tak dapat ditemui.

Keluarga mangsa menerima kematian kanak-kanak ini sebagai takdir dan tak menyalahkan sesiapa. Menurut Juilan, Angelliena dan kawan-kawan selalu jalan atas jambatan tersebut untuk pulang ke rumah selepas sesi persekolahan.

Ibu Angelliana, Rosdianti titi berkata dia bergegas ke sungai selepas mendapat tahu kecelekaan yang berlaku ke atas anaknya.

“Bila saya sampai, Angelliena dah tak bernyawa dan dorang dah letakkan dia di dalam bot. Dah tak ada apa-apa yang kitaorang dapat buat. Nak hantar ke klinik pun dah tak boleh nak buat apa.”

1 1 Capture
Sumber: china press

Juilan dan Rosdianti mempunyai dua anak lain, salah satu darinya berusia enam tahun sementara yang kecil berusia 8 bulan.

Harapnya pihak bertanggungjawab dekat sana dapatlah repair jambatan tu secepat mungkin. Kita tak nak pisang berbuah dua kali…

 

Baca: Baru Buka Seminggu, Perpustakaan Sabah Rosak Jadi Mangsa Vandalisme Kanak-Kanak

Screenshot 2019 07 25 At 4.06.26 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.