in

Buat Lawak Sindir Tak Boleh Nyanyi Live, Isteri Atu Mohon Maaf Pada Nabila Razali

Ft Nabila Razali Kecewa Dengan Atu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, Nabila Razali ada muat naik satu luahan rasa kecewa terhadap sikap pelawak Atu menerusi IG Story miliknya.


Dalam perkongsian itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini memuat naik satu keratan klip kenyataan Atu menerusi program The Masked Singer dengan mengatakan bahawa Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara live.

 

“Tapi Nabila Razali tak boleh nyanyi” – Atu

Dalam program tersebut, dilihat ada seorang peserta menggunakan gelaran Si Tangkis menyanyikan lagu Pematah Hati dan suara dilihat seakan-akan sama dengan penyanyi asal.

Saat Misha Omar kagum dengan kebolehan peserta tersebut, Atu menyampuk seolah-olah mempertikaikan kebolehan nyanyian Nabila Razali.

Nabila Razali terkilan

Bagi yang mengikuti Nabila Razali di Instagram pasti akan perasan dengan perkongsian klip tersebut dan kenyataannya, dia kecewa dengan tindakan pelawak yang menyindir dirinya itu.

Katanya, lawak sindiran itu dikatakan tiada beza dengan lawak body shamming dan menggesa pelawak agar untuk mencari idea dan kandungan yang lebih elok untuk dijadikan bahan ketawa.

“Setiap tahun, saya cuba untuk memperbaiki diri, hanya peminat tegar tahu peningkatan saya.

“Kepada semua pelawak, cubalah cari bahan lebih baik untuk membuatkan orang ketawa. Saya tidak nampak perbezaan lawak ini dengan tindakan ‘body shaming’.”

“Saya tidak marah, cuma sedikit kecewa. Mungkin ada orang perlu menjatuhkan orang lain demi membuatkan dirinya menyerlah.” 

Screenshot 2023 01 03 113423

 

Atu & isteri mohon maaf 

Berikutan dengan tindakan itu, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 31 mengatakan bahawa dia telah menghantar mesej kepada Nabila untuk membuat permohonan maaf, lapor Berita Harian.

“Saya mohon maaf kepada Nabila dengan menghantar mesej langsung dalam IG selepas seorang individu memberitahu luahan hati Nabila yang kecewa dengan saya.”

“Bagaimanapun, tiada respon daripada Nabila sehingga saat ini walaupun sudah melihat mesej yang saya hantar.”

 Akui kata-katanya salah, Atu juga berharap komen yang diberikan itu dapat dijadikan sebagai pembakar semangat agar dapat memperbaiki mutu kualiti nyanyiannya.

“Kata-kata saya memang salah, tetapi jika dilihat daripada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat agar dapat menyanyi lebih baik dalam persembahan secara langsung.”

“Apa yang saya cakap adalah perkara betul dan ia juga pernah tular sebelum ini. Jadi, saya bercakap berdasarkan apa yang saya dengar dan lihat sebelum ini.”

Dalam pada itu, Atu juga mengatakan agar dia akan lebih berhati-hati dalam membuat lawak agar tidak menyinggung perasaan sesiapa pada masa akan datang.

Sementara itu, bagi pihak Atu, isterinya Shafeeqa Johari turut membuat permohonan maaf kepada Nabila Razali menerusi Instagram miliknya.

“Minta maaf ya Nabila Razali, dia melawak saja tu.”

Dalam pada itu, Shafeeqa juga meminta agar  netizen tidak menganggap suaminya itu seorang yang sombong.

 

Baca : [VIDEO] Nabila Razali ‘Cover’ Lagu Indonesia, Netizen Puji Suara Makin ‘Improve’

Untitled Design 2022 08 03T110300.883

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.