Selepas isu penceraiannya dengan bekas suami hangat diperkatakan tidak lama dulu, Zarina Anjoulie nampaknya tidak menunggu lebih lama dan dikatakan kini sedang ‘rapat’ dengan pelakon, Zoey Rahman.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Zarina yang juga dikenali sebagai Anju ini telah memuat naik video dia ke klinik bersama Zoey untuk membuang tatu yang ada di badannya.
https://www.instagram.com/p/CRTcTLfjZfq/?utm_source=ig_embed&ig_rid=28f9d310-8568-4bc7-9d9a-84b363c39a54
Menurut Zarina, atas nasihat Zoey, dia diminta membuang tatu ejaan nama ‘YAS’ iaitu nama bekas suaminya yang terdahulu. Zoey pula di situ setia menemaninya sambil memberi sokongan moral sehingga proses selesai.
Selain itu, Anju juga sempat memberitahu tentang proses yang dilakukan untuk membuang tatu tersebut yang mana proses menggunakan laser itu harus dilakukan berkali-kali hingga tatu berkenaan memudar sedikit demi sedikit.
“Buang selagi boleh dik… pintu taubat masih terbuka”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memuji tindakan Anju yang ingin berubah ke arah kebaikan dengan membuang tatu tersebut. Ada juga yang mendoakan semoga Zoey dan Anju cepat bersatu sebab mereka nampak serasi.
Syukurlah Anju dah terbuka hati untuk membuang tatu tu. Harap Anju tak cacah tatu lain lagi dan terus berubah ke arah yang baik.
Baca: Ruangan Komen Diserbu Netizen Lepas Viral Kes Ditahan Polis Kerana Positif Dadah, Ini Respon Anju…