Sedang satu dunia memuji Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern kerana membuka mata ramai pihak akan sikap tegasnya dalam memerangi keganasan di Christchurch, ada pulak manusia yang seakan-akan cemburu dan sengaja mencari kesalahan Jacinda.
Menerusi satu tweet yang sedang viral di media sosial, netizen bernama Khatijah ini telah mengecam Jacinda sebagai penyokong LGBT.
“Makluman buat semua yang ‘sangat mengaguminya’ beberapa hari ini”
Khatijah telah memuat naik beberapa screenshot berita berkaitan Jacinda yang dikatakan menyokong LGBT apabila PM tersebut menyertai gay pride parade dan beberapa lagi event berkaitan LGBT di negaranya.
Post ini menurut Khatijah ialah pesanan kepada mereka yang ‘sangat mengagumi’ perdana menteri tersebut.

“Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang baik kita ikut, yang jahat kita hindari”
Meskipun ramai di antara kita sudah pasti tidak menyokong LGBT kerana ia bercanggah dengan agama Islam itu sendiri, namun ramai sebenarnya yang tak setuju dengan pendapat Khatijah di atas.
Ramai yang berpendapat, takkanlah hanya kerana dia menyokong LGBT, kita patut lupakan semua kebaikan yang dilakukannya kepada saudara kita di Christchurch? Hmm korang rasa macam mana?

“Dia bukan Islam pun. But at least dia terima Islam dekat sana. Cubalah doakan dia”
Malah yang jadi persoalannya sekarang, Jacinda juga bukanlah seorang yang beragama Islam. Jadi kenapa perlu mengutuknya sedangkan dia pun tak tahu LGBT tu betul atau salah kan?

Apa-apapun admin rasa lebih baik kita jangan mengutuk seseorang tu sembarangan. Mana tau kalau dia dapat hidayah nanti, dia lebih baik daripada kita.