in

“Boleh ke buka klinik?” – Syafiqah Aina Buka Klinik Estetik, Doktor Perjelas Tak Ada Masalah Kalau…

Klinik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal pasangan pengasas produk kecantikan, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina? Pasangan yang popular di Instagram dek kerana kemesraan mereka dan kejayaan dalam bisnes yang menjadi inspirasi ramai ni sekali lagi menjadi sebutan netizen.


Menerusi perkongsian Hafiz di Instagram, pasangan ni katanya bakal buka klinik sendiri tidak lama lagi dengan nama Ainaa Clinic. Wah! 

Meskipun ramai di kalangan peminat Aina dan Hafiz yang excited mendengar berita ni, ada juga segelintir netizen yang mempersoal sama ada boleh atau tidak mereka membuka klinik tersebut kerana kedua-duanya tiada background perubatan ataupun estetik.

Yelah kan nak buka klinik bukan senang sebab kena ada kelulusan dan macam-macam lagi kan… 

 

“Secara etikanya perlu dikepalai oleh seorang Doktor Perubatan…” 

Menerusi perkongsian seorang doktor @drfame8fry di Twitter, dia berpendapat tiada masalah untuk ahli perniagaan seperti Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad untuk membuka klinik tersebut jika mereka mengikuti undang-undang yang betul. 

Menurutnya, klinik estetik tersebut haruslah diketuai oleh seorang ‘Doktor Perubatan’ yang bertauliah dan mengambil pengkhususan Medical Aesthetic and Regenerative Medicine.

Estetik 1

 

“Terpulanglah kepada bisnesman2 kat luar sana nak ceburi bidang estetik. Tapi…” 

Tambahnya lagi, ahli perniagan yang mahu menceburi bidang estetik ini haruslah beretika dan mematuhi undang-undang yang ada berkenaan operasi klinik tersebut.

Bercakap kepada Lobak Merah, doktor ini juga memberitahu bahawa penerangannya hanyalah bersifat umum dan perkara ini merupakan pandangan peribadinya.

Dia juga menyokong operasi Ainaa Clinic sekiranya operasi klinik tersebut melibatkan golongan profesional yang bertauliah seperti doktor perubatan atau pakar dermatologi dan doktor bedah plastik yang berlesen.

Apa-apapun admin nak ucapkan tahniah buat pasangan ini kerana berjaya buka klinik tak lama lagi. 

Baca: “Tiada makhluk yg boleh ambil jawatan Tuhan” – [VIDEO] Buat Video Pasal ‘Rezeki Lelaki Dari Redha Wanita’, Syafiqah Aina Teruk Dikritik

Aina

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.