Baru-baru ini, seorang ibu tunggal yang juga bekas pembantu kat sebuah pasar raya mengaku tak bersalah di Mahkamah Seksyen Butterworth atas 5 tuduhan pecah amanah yang telah dilakukannya sejak November tahun lepas, lapor Harian Metro.
Kesalahan yang dilakukannya ini memang agak berat, TETAPI admin sebenarnya agak terkejut kerana bukan perkara itu yang menjadi tumpuan para netizen di Facebook.
“Pehhh mantap ibu tunggal… pecah amanah takpe jangan pecah rahsia hahahahaha”
Menerusi posting yang viral di Twitter, seorang lelaki membongkarkan sikap busuk netizen lelaki yang ‘pervert’, meninggalkan komen lucah mengenai suspek kes pecah amanah ni. Geli lah admin baca! Inilah yang orang kata men are trash tu.
Uish gatal merenyam sorang-sorang!
“Ada yang profile pic letak kalimah Allah lagi. Tapi perangai macam syaitan”
Min pun actually tak tahu nak cakap apa dah dengan sejenis lelaki yang macam ni. Lebih menjijikkan lelaki ini ternyata orang Melayu, Islam dan ada tu siap letak gambar kalimah Allah lagi pada profile picture mereka.
Oi tak tahu malu ke cik abang ni semua? Terang-terang tunjuk perangai buruk dengan bercakap kata-kata lucah dekat media sosial. Cuba kalau wanita tu isteri, adik, kakak atau ibu korang, mesti korang marah kan!
Tertuduh mohon ringankan ikat jamin sebab terpaksa tanggung anak dan adik-adik
Menurut perkembangan terkini, tertuduh dikatakan telah menyalahgunakan wang hasil kutipan tapak Karnival Usahawan Utara 2.0 berjumlah RM2,050 pada 15 November 2018 hingga 23 Januari 2019.
Tertuduh kini didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara tak kurang setahun dan tak lebih 14 tahun serta sebatan dan juga boleh dikenakan denda.
Pun begitu, peguamnya memohon mahkamah ringankan ikat jamin sebab tertuduh terpaksa tanggung 2 anak dan adik-adiknya lepas ibu meninggal pada Februari lepas.
Haih apalah yang ada dalam kepala orang lelaki ni eh sampai boleh fikir benda bukan-bukan macam tu? Patutlah ramai gadis reject lelaki melayu. Ops tak semua ye!