Pasangan suami isteri yang mana tak gembira apabila mengetahui mereka bakal menimang cahaya mata tak lama lagi? Namun tidak pula mereka sangka, kebahagiaan tersebut berubah jadi mimpi ngeri dek kerana ‘kesilapan’ yang dilakukan doktor perubatan.
Menerusi perkongsian seorang netizen di Facebook, Hakimi dan isterinya, Munirah menerima berita gembira ini pada awal bulan lepas. Namun selepas membuat check up dan ultrasound di klinik swasta, kandungan tersebut masih belum kelihatan. Start daripada ini, perkara dah mula complicated…
“Doc memaklumkan yang bini aku berkemungkinan mengandung luar rahim”


“Doc decide untuk buat CEASAREAN untuk cek kenapa ovari tu bengkak. So dia belah perut dan toreh kat ovari tu, tapi…”

“Janin tu ada je kat dalam rahim. Cuma baru lagi, sebab tu tak nampak. Allahuakhbar”


“Aku tahu dia dah tak tahan duk kat wad tu, setiap kali dia tengok doc yang bedah setiap kali tu lah mata dia berkaca”

Menurut Hakimi, dia sudah pun menghantar surat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan harus menunggu 15 hari siasatan dan setup meeting dari pihak kementerian dan hospital.


Apa-apapun kita doakanlah yang terbaik buat pasangan ni. Kesian jadi macam ni, tak pasal-pasal perut isteri kena bedah for no reason.

