in

“Terpaksa tidur berduduk” – Hidap 8 Penyakit, Wanita Terpaksa Telan 90 Biji Ubat Setiap Hari

Telan 90 Biji Ubat Hidap 8 Penyakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah dugaan yang dilalui ibu dua anak, Nur Fathirrah Hairuddin, 32, apabila perlu mengambil sehingga 90 biji ubat setiap hari bagi mengawal lapan penyakit yang dihidapinya.

Nur Fathirrah menghidap SLE, barah otak tahap tiga, masalah hati dan jantung, usus bocor, keresahan, bipolar serta gangguan utama depresi (MDD).


Dia turut menjalani lima kali radioterapi dan kini sedang melengkapkan 15 sesi kemoterapi selepas doktor memaklumkan sel barah otaknya sangat aktif.

Menurutnya, hidup mula berubah apabila SLE yang dihidapinya sejak remaja kembali aktif kira-kira dua tahun lalu.

“Mulanya hati saya bengkak, kemudian doktor kesan saluran darah jantung tersumbat.

“Selepas itu muncul pula masalah usus hingga saya tidak mampu menerima makanan dan minuman seperti biasa,” katanya.

Bukan itu sahaja, Nur Fathirrah turut mengalami sakit kepala berterusan yang pada awalnya disangka berpunca daripada masalah kesihatan mental yang dihadapinya.

Malah, dia terpaksa mengambil 12 biji ubat tahan sakit kerana tidak mampu menahan kesakitan.

“Malangnya sakit kepala tidak berkurangan. Selepas menjalani pengimejan resonans magnetik (MRI), saya didiagnosis menghidap barah otak tahap tiga,” katanya.

Screenshot 2026 08 27 171725

Berulang alik ke hospital di Ipoh dan Taiping

Kini, Nur Fathirrah perlu berulang-alik ke hospital di Ipoh dan Taiping untuk rawatan serta pemeriksaan berkala. Ada masanya, rutin rawatan menyebabkan dia menghabiskan sepanjang hari di hospital.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini juga, keadaan kesihatannya semakin menjejaskan kehidupan seharian.

“Mula-mula ia menyerang hati, jantung, usus dan akhirnya otak.

“Saya juga boleh pengsan tiga hingga empat kali sehari, terutama apabila cuaca terlalu panas atau tekanan darah rendah.

“Setiap kali saya pengsan, anak berusia enam tahun akan menghubungi suami di tempat kerja atau bapa saya untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Keadaannya menyebabkan Nur Fathirrah lebih banyak menghabiskan masa di rumah kerana mudah letih dan perlu menjalani rawatan berterusan. Malah, dia mengakui enggan bertemu orang bagi mengurangkan tekanan.

Artikel berkaitan: “Saya bersyukur” – Vivy Yusof Reda Hidap SLE, Tetap Usaha Untuk Mencari Rawatan

Artikel berkaitan: “22 kali kimoterapi, 15 sesi radioterapi” – Graduan Hidap Kanser Tahap 4 Berjaya Tamat Pengajian Buat Ramai Sebak

Terpaksa tidur berduduk

SLE yang dihidapinya berkaitan sendi turut menyebabkan tubuhnya membengkak, terutama selepas bangun tidur sehingga pergerakannya terbatas.

Lebih enam bulan lalu, dia terpaksa tidur dalam keadaan duduk kerana setiap kali berbaring, tulang belakangnya akan terasa sangat sakit.

Dalam melalui semua ujian itu, suami menjadi individu paling banyak membantu termasuk menguruskan rumah serta memastikan keperluan anak-anak mereka terjaga. Ibu dan ayahnya juga akan datang membantu sekiranya emosinya tidak stabil.

Nur Fathirrah tidak menafikan ada ketika dia terlalu penat dengan rawatan yang panjang, kesihatan yang tidak menentu serta beban kewangan sehingga terlintas untuk mengalah. Namun, dia memilih untuk terus bertahan demi keluarganya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.