in

“Aku bayar, kau suruh aku jalan?” – Hospital Di Selayang Caj RM12 Untuk Parking Valet Tapi ‘Azab’ Sebab…

Parkingvalet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tujuan kita sebagai pengguna ni bayar caj mahal-mahal sebab nak memudahkan kita, bukan makin nak merenyahkan masa orang.


Hati siapalah yang tak panas kalau dah kena bayar RM12 untuk parking valet tapi kita yang kena menapak jauh ambil kereta sendiri macam Kak Jah ni kena.

 

“Aku bayar kau , kau suruh aku jalan pergi amik kereta?”

Ebblz0Gucaeen4J

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital dekat Selayang, tempat tu baru sahaja buat perkhidmatan parking valet.

Jadi Kak Jah pun berminat lah nak cuba perkhidmatan ni memandangkan ia memudahkan dirinya daripada jenuh nak cari parking.

Ya lah parking valet ni mudah je, kita bagi dia kereta untuk parking dan dia pun ambil kereta kita dan kita blah, tu sebab lah kita bayar kan? Tapi..

 

Tunggu 10 minit Tunggu 15 minit Tunggu 20 minit. ‘Kak sini jap. Tolong cam kunci kereta akak. Ok fine. Akak pun lakukan la proses pengecaman tu.”

Dah lah tunggu punya lama, lepastu terkejutlah bila orang jaga parking tu kata…

“Ok kak , kereta akak kt selayang capitol. Akak boleh gi amik sana “

Rupa-rupanya kereta dia kena park dekat satu mall yang berhadapan dengan hospital tu, menurut Kak Jah, kalau nak jalan kaki ke mall tersebut agak jauh sebab kalau naik grab kena caj RM 5 ke RM 7.

 “Aku bayar kau , kau suruh aku jalan pergi amik kereta??”

Mungkin penjaga parking tu nampak Kak Jah macam nak naik angin, dia pun terus minta rakan sekerjanya ambil kereta tersebut.

“1 jam pun berlalu sebegitu sahaja. Akak siap makan bihun goreng dah uol. Kereta akak masih tak kelihatan.

Difahamkan, perkhidmatan parking valet ni baru sahaja mula beroperasi 1 Ogos lalu, jadi Kak Jah pun faham kalau sistem mereka macam caca marba.

Sungguhpun begitu, Kak Jah menzahirkan rasa bimbang kerana cara mereka kendalikan perkhidmatan ini boleh mengancam keselamatan.

 

Mengarut. Suruh akak cam kunci kereta sendiri. Kalau akak cilok Mercedes orang tadi macam mana?”

Ebbmuasu4Aanklt

Dah membazir duit dan masa, bagi Kak Jah perkhidmatan ni macam tak berbaloi baginya. Kata Kak Jah, lebih elok parking di mall hadapan hospital tu awal-awal, sebab free  dan menaiki Grab sahaja dengan caj hanya RM5.

Tapi, kalau-kalau orang ada masalah kecemasan tu memang elok lah kan..Cuma kena perbaiki banyak lagi.

 

Baca : Dua Pelajar Perubatan Digantung Dari Jalani Internship Lepas Kantoi Main TikTok Dalam Hospital

Hospitaltiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.