in

Bilal Surau Dipuji Kerana Turut Selamatkan dan Beri Perlindungan Kepada Haiwan Seperti Anjing!

Surau Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banjir yang melanda di Pulau Pinang telah menyaksikan ramai pihak bersatu dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas dan memerlukan perlindungan.

Namun, lebih menyentuh hati apabila surau yang tular baru-baru ini kerana menempatkan mangsa banjir bukan Islam dikatakan turut membantu haiwan yang memerlukan perlindungan!


Surau 1
sumber: facebook

Melalui entri Facebook yang dimuat naik oleh Zakaria Malik, Pengerusi Surau Taman Free School itu, dia berkata,

Bukan setakat manusia tapi anjing pun kami selamatkan dan dibiarkan di perkarangan surau sehingga air surut kerana anjing pun ciptaan Allah SWT.”

Surau 5
sumber: facebook

Zakaria turut menyatakan rasa terima kasih dan bersyukur kerana ada pihak yang sanggup menghulurkan bantuan tidak mengira agama dan bangsa seperti bilal surau itu, Sapno Tujiko.

“Saya amat berbangga mempunyai ahli-ahli jawatankuasa dan penduduk-penduduk Taman Free School yang sama-sama memberi bantuan di masa yang amat genting dan apa yang di lakukan oleh bilal kami dan juga beberapa anak kariah yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di waktu yang sangat genting di antara jam 3 pagi hingga 5 pagi bergelut dengan air yang deras dengan menggunakan bot tanpa enjin yang dipunyai oleh salah seorang penduduk di situ.”

Tidak dapat bayangkan kepayahan dilalui mangsa banjir di sana 🙁

Surau 2 2
sumber: facebook
Surau 3
sumber: facebook

Ucapan terima kasih dan penghargaan turut disampaikan kepada Datuk Sri Hishammuddin Hussein dan Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo serta pihak berkuasa.

“Terima kasih juga kepada semua pihak-pihak dan jabatan yang datang memberi bantuan seperti JPAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang datang memantau dan memberi bantuan makanan sehingga kelmarin.

“Tentera Diraja Malaysia yang sehingga hari ini memberi bantuan pembersihan dan juga memberi bantuan peralatan dan makanan kepada penduduk yang terjejas.”

Surau 8
sumber: facebook
Surau 9
sumber: facebook

Zakaria mengakhiri coretannya itu dengan menyatakan harapannya agar mereka dapat membuktikan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia masih boleh bersatu ketika saat memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada surau itu, bolehlah menerusi nombor akaun Bank Rakyat 220721196797 di atas nama Madrasah Al-Diniah.

Sebak juga membaca mesej yang menyentuh hati daripada Zakaria tentang membantu mereka yang memerlukan. Ini lah sikap positif yang perlu ditanam dalam diri setiap masyarakat di Malaysia!

Baca: “Hanya Tuhan mampu balas jasa encik” – Mangsa Banjir Terhutang Budi Bilal Sudi Beri Bantuan

Surau11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.