in

“Beza 16 gol dari Ronaldo” – Ramai Tak Tahu Rupanya Mokhtar Dahari Tersenarai Dalam Tiga Penjaring Gol Terbanyak Dunia

Bb 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun Allahyarham Dato’ Mohamad Mokhtar Dahari telah meninggalkan kita pada tahun 1991, namun nama beliau tetap terpahat dalam sejarah kegemilangan arena bola sepak negara.

Terbaharu, menerusi berita mengenai pemain bola sepak ternama Portugal, Christiano Ronaldo yang berjaya mencatatkan jumlah jaringan gol sebanyak 101, satu senarai pemain dengan jaringan terbanyak dalam aksi peringkat antarabangsa telah tular di media sosial.


Apa yang mengejutkan adalah, nama Mokhtar Dahari juga tersenarai dalam kelompok tiga teratas dengan jumlah jaringan sebanyak 86 gol dan berada di tempat ketiga selepas Ronaldo di tempat kedua dan Ali Daei dari Iran di tangga teratas dengan 109 jaringan.

B 6

Siapa sangka lagenda bola sepak negara yang diberi gelaran ‘SuperMokh’ itu walaupun sudah hampir tiga dekad tidak beraksi namun kejayaan dan pencapaiannya masih terlakar di persada dunia.

 

Anak tidak sangka ayah antara penjaring gol terbanyak dunia

Mengulas tentang rekod ini, anak kepada Mokhtar Dahari, Mohd Reza ketika ditemubual oleh Harian Metro memberitahu bahawa yang tidak menyangka ayahnya adalah antara penyerang paling prolifik dunia.

“Sejak statistik itu keluar, ramai yang hantar tunjuk ayah saya dalam senarai tiga penjaring terbanyak perlawanan antarabangsa, memang mengejutkan”

“Saya sendiri tak tahu berkenaan jumlah gol itu dan paling terkejut antara tiga pemain terbaik dunia. Tapi tetap berbangga kerana itu menunjukkan pencapaian ayah sentiasa dikenang”

B1 1 3

 

Pencapaian Mokhtar Dahari dalam sukan bola sepak dalam dan luar negara

  • Meraih kap pertama di peringkat antarabangsa ketika berusia 19 tahun pada 1972
  • Meraih pingat gangsa di Sukan Asia Tehran, Iran pada 1974
  • Memenangi Pesta Bola Merdeka sebanyak empat kali 1973, 1974, 1976 dan 1979
  • Merangkul pingat emas di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur pada 1977 dan Indonesia pada 1979
  • Menghabiskan kariernya bersama pasukan Selangor dari 1972-1987 dan menjaringkan 218 gol buat Red Giants dalam 375 penampilan
  • Menjulang Piala Malaysia sebanyak 10 kali bagi pasukan Selangor

B2 1 2

 

Baca: “Datuk Vida calon yang sesuai” – Pemerhati Bola Sepak Syorkan DSV Untuk Beli UiTM FC Dan Kuala Lumpur

B3 5

Sumber: Twitter
Sumber: Harian Metro
Sumber: Goal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.