Memiliki mentua yang melayan seperti anak sendiri merupakan satu nikmat buat setiap menantu, kerana kasih sayang daripada mentua ini juga boleh menjadi penyumbang kepada keharmonian berumah tangga.
Seperti wanita yang dikenali sebagai Syamsyuhaida Sabri ini, dia begitu menyayangi ibu mentuanya kerana sejak mula bersua sebelum jadi menantu lagi, dia ‘disambut’ dengan pelukan.
Artikel berkaitan : “Pukul, rogol, dijerut sampai mati” – Pembunuh Suzaily Mukhtar Sempat Senyum Masa Dijatuhkan Hukuman Gantung
Artikel berkaitan : Peguam Jenayah Dedahkan Perkara Yang Perlu Dibuat Jika Anda Dirogol
Malah, ibunya yang sebelum ini ‘kesunyian’ akibat keperitan yang dia hadapi selepas kehilangan satu-satunya anak perempuannya, kini sudah dihadiri dengan ramai menantu perempuan yang menjadi pengganti dan penyeri hidupnya.
Untuk pengetahuan, ibu mentua kepada wanita ini adalah ibu kepada Noor Suzaily Mukhtar, seorang mangsa rogol dan bunuh ketika awal tahun 2000 yang pernah menggemparkan seluruh Malaysia. Boleh rujuk artikel di atas mengenai kisahnya.
“Satu ketika sebelum kami hadir dalam hidup mak. Satu-satunya permata hati mak pergi dengan cara yang cukup menyedihkan dan susah mak terima, diragut nyawa anak kesayangan mereka tanpa secubit rasa berdosa.”
Jelasnya ketika, ketika ibu mentuanya itu menempuh dugaan itu, jiwa raga ibu mentuanya itu begitu terseksa untuk membiasakan diri bahawa anak kesayangannya telah tiada.
“Allah hadirkan kami dalam hidup mereka berdua walaupun hanya menantu, dapat juga kami ubati luka rindu mereka pada arwah Kak Ngah.”
Dia kini yang sudah 14 tahun berkahwin menzahirkan rasa syukur kerana ibu mentua terima kekurangan dirinya sehingga membuatkan dia merasa betapa bertuahnya arwah Kak Ngah (Suzaily) mempunyai ibu yang sebaik ini.
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu dan bapa mentuanya itu membuatkan dirinya kadang kala terlupa yang dia hanyalah menantu. Saat arwah bapa mentua sakit dan menghembuskan nafas terakhir pun, rasanya ibarat kehilangan ayah sendiri.
Oleh sebab itu, kesunyian ibu mentuanya jadi semakin bertambah dan wanita ini sekeluarga cuba menemani sebaik mungkin.
“Kami semua tahu dia sunyi tanpa ayah, kena cuba sibukkan dia supaya dia terlali bab ‘rindu’, mak tak pernah menangis depan kami bila dia rindu ayah, betapa dia tak nak anak-anak susah hati.”
Malah ibu mentuanya juga banyak membimbing dirinya dalam berumah tangga dan banyak memberikan sokongan kepadanya. Bahkan ibu mentuanya dikatakan tidak pernah menganggap dirinya sebgaai menantu, sebaliknya sebagai anak bongsu perempuannya.
Sumber : TikTok