in

Peguam Jenayah Dedahkan Perkara Yang Perlu Dibuat Jika Anda Dirogol

Feature 4 11

Kes rogol bukanlah suatu perkara yang asing di negara kita. Dah berapa ramai wanita dan kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa mereka yang rakus. Paling sebak bila baca kes Canny Ong dan Noor Suzaily Mokhtar. 

Kali ini, menerusi Twitter, @irwansumadi yang merupakan peguam jenayah telah kongsikan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh mangsa jika dirogol.

Rogol 6

Untuk pengetahuan korang, kes rogol terjadi apabila berlakunya seks tanpa rela dan secara paksaan. Walaupun seks tersebut dilakukan antara remaja lelaki dan remaja perempuan yang berumur 16 tahun ke bawah secara suka sama suka, kes tersebut masih lagi dikira sebagai kes rogol.

Korang boleh baca perkongsian peguam ni.

Mangsa tidak boleh mandi 

Perkara pertama yang perlu segera dilakukan ialah mangsa tidak boleh mandi atau salin pakaian. Baju yang dipakai ketika diserang juga harus disimpan untuk dijadikan bukti oleh pihak polis.

Rogol 1

Perlu segera buat laporan polis atau ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan 

Mangsa juga perlu terus melaporkan kejadian tersebut kepada balai polis berdekatan. Jika korang terlambat untuk membuat laporan polis, besar kemungkinan bukti boleh hilang dan tindakan ini juga boleh menyebabkan si tertuduh terlepas daripada hukuman.

Rogol 2

Mangsa ada dua pilihan sama ada nak ke balai polis dahulu atau pun buat pemeriksaan di hospital terlebih dahulu sebab kedua-duanya boleh membantu mangsa untuk menangkap si pelaku.

Rogol 3

Pemeriksaan doktor boleh buktikan yang anda telah dirogol melalui laporan DNA si pelaku 

Rogol 4

Selain itu, pihak hospital juga akan berikan pil perancang kecemasan untuk mengelakkan mangsa rogol mengandungkan anak si pelaku. Namun, pil tersebut hanya berkesan dalam tempoh beberapa jam.

Rogol 5

Jadi, pentingnya untuk mangsa segera membuat laporan polis dan jangan tangguhkan pemeriksaan di hospital.

Semoga kita semua terhindar daripada menjadi mangsa golongan rakus ni dan admin nasihatkan korang agar sentiasa berhati-hati sebab kita tak tahu siapa yang ada niat tak baik.

 

Baca: “Lepas tu still nak salahkan pemakaian” – Wanita Ini Kongsi Foto Pakaian Yang Dipakai Mangsa-mangsa Rogol Masa Kejadian Berlaku

Rogol

Sumber: Sabah Post
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter