in

“Berisiko untuk terus tinggal di sana” – Penuntut Malaysia di China Cari Jalan Pulang Ke Tanah Air, Keluarga Mohon Doa Netizen

Pulang Atiqah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak takut kalau korang berada di wilayah dekat China yang telah mencatatkan angka kematian yang agak membimbangkan? Tambah-tambah pula kita bukan warganegara sana, mesti hati teringat kat tanah air sendiri je kan.


Itulah yang berlaku kepada seorang penuntut Malaysia, Nurul Atiqah Adanan, 26, yang belajar di Universiti Shandong, China. 

 

Ibu risau anak temui jalan buntu untuk pulang ke Malaysia 

Menurut Harian Metro, ibu pelajar tersebut, Mimi Rohana Amjan, 53, berkata, anak sulung dari 6 beradik itu dilaporkan menemui jalan buntu untuk pulang ke tanah air berikutan wabak coronavirus yang berlaku di sana.

Atiqah
sumber: harian metro

Sejak Khamis lalu, anaknya telah berusaha untuk keluar dari Jinan, Shandong menerusi Bangkok, Thailand, namun penerbangannnya pula dibatalkan.

“Dia (Nurul Atiqah) adalah penuntut tahun dua Ijazah Sarjana Pengajian China di universiti itu dan menerima biasiswa daripada Kerajaan China.

“Untuk terus tinggal di Jinan agak berisiko kerana wilayah itu difahamkan mencatat 12 kematian akibat koronavirus baharu,” katanya yang tinggal di Langkawi.

 

Bakal berlepas dari Lapangan Terbang Beijing ke Malaysia

Namun begitu, ahli keluarga Atiqah akhirnya menarik nafas lega apabila anak mereka selamat tiba di Beijing sebelum dijadualkan berlepas pulang ke Malaysia, malam ini.

Menurut bapanya, Adanan Long, anaknya tiba kira-kira jam 1.15 tengah hari (semalam) dengan menaiki kereta api subway dari Jinan ke Beijing selepas lapangan terbang Jinan, Shandong ditutup.

Atiqah 2
sumber: harian metro

Perjalanan menaiki subway tu merupakan ikhtiar terakhir biarpun Atiqah menyedari risiko yang bakal dia tempoh berikutan penularan wabak coronavirus di beberapa wilayah di China.

“Biarpun berisiko, yang penting Atiqah keluar dari wilayah berkenaan. Alhamdulillah anak saya dah selamat sampai di Beijing tengah hari tadi selepas bertolak dari Jinan yang mengambil masa dua jam.

“Atiqah beritahu dalam perjalanan dari Jinan ke Beijing, dia seorang saja penumpang dalam koc kelas pertama kereta api subway berkenaan.

“Atiqah dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.55 malam esok, penerbangan yang mengambil masa lapan jam,” katanya.

 

“Sebagai ibu saya gembira… dan reda jika dia terpaksa dikuarantinkan sebaik tiba di KLIA” 

Berita yang dimaklumkan Atiqah itu ternyata memberikan kelegaan dan kegembiraan pada keluarganya yang menanti kepulangan anak mereka di Malaysia. Walau bagaimanapun, mereka reda jika Atiqah dikuarantinkan sebaik tiba di tanah air.

83056907 2751505971553746 1573807838390648832 N
sumber: facebook

“Sebagai ibu, saya gembira dengan berita itu dan reda jika dia terpaksa dikuarantinkan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sabtu ini.

“Menurut anak saya, keadaan di Jinan, China lengang dan universiti tempatnya belajar juga sudah menggantung pengajian ke suatu tarikh belum diketahui,” kata Mimi Rohana yang akan ke sana menyambut Atiqah.

Sama-samalah kita doakan semoga Atiqah selamat sampai ke Malaysia dan harapnya dia tidaklah dijangkiti wabak coronavirus tu. 

Baca: CORONAVIRUS: ‘Lelaki Misteri’ Tinggalkan 500 Topeng Muka Kat Balai Polis, Ucap Terima Kasih & Berlari Pergi

Sedih 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.