in

“Bergetar suara DG Hisham tahan sebak, mata pun nampak bergenang” – Netizen Sedih Lihat Wajah Penat Dr Noor Hisham

Dg Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peningkatan kes COVID 19 di Malaysia sebanyak 2 kali ganda daripada hari sebelumnya memang benar-benar beri kejutan hebat buat kita semua.

691 kes dicatatkan semalam dengan 4 kematian yang mana salah seorang mangsa merupakan seorang bayi berusia 1 tahun. Ya Allah sedihnyaaa… 


Meskipun kes tersebut merupakan kes tertinggi yang pernah dicatatkan sepanjang musim COVID 19 melanda negara, pihak kerajaan tetap positif dan menjelaskan bahawa sebahagian kes tersebut berada di dalam zon merah dan dalam kalangan tahanan penjara di Kedah.

Pun begitu, peningkatan kes tersebut tidak dapat meredakan riak wajah risau Ketua Pengarah Kesihatan kita, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media maya semalam. 

 

DG Hisham nampak sedih – Netizen 

Disebabkan terpaksa menjalani tempoh kuarantin kerana menjadi kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr Noor Hisham semalam terpaksa membuat sidang media atas talian.

Walaupun Dr Noor Hisham memakai pelitup muka, netizen katanya dapat melihat kegusaran dan reaksi penat pada wajah beliau semasa menyampaikan sidang media. Ramai di kalangan netizen meluahkan rasa simpati terhadap beliau termasuklah golongan artis yang sedih dengan apa yang berlaku.

https://twitter.com/AdDien90/status/1313421946890055681

 

“Semoga DG Hisham dan semua frontliner diberikan kekuatan”

Seakan-akan memahami situasi yang dihadapi ketua pengarah kesihatan tersebut, netizen semuanya mendoakan Dr Noor Hisham dan frontliners yang lain kuat dalam menghadapi dugaan ini.

Sebak

Apa-apapun marilah kita semua terus menjaga SOP masing-masing dan jangan menjadi sebab kepada pertambahan jumlah kes COVID 19. Kalau korang sayang DG Hisham, marilah kita sama-sama berusaha kembalikan angka kosong bagi kes COVID 19 di negara ini.

Baca: “Ingat! Jika warga Selangor leka…” – Catat 160 Kes Terkumpul, Penularan Wabak COVID 19 di Selangor Kian Meningkat

Covid 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.