in

“Ingat! Jika warga Selangor leka…” – Catat 160 Kes Terkumpul, Penularan Wabak COVID 19 di Selangor Kian Meningkat

selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari demi hari, Selangor terus mengalami peningkatan dalam kes COVID-19 yang mana 31 kes tempatan dicatatkan sehingga semalam.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan kes aktif terkumpul bagi pandemik berkenaan di Selangor adalah sebanyak 160 kes. Fuh banyak jugak tu! 


Menurut Harian Metro, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata, daripada jumlah itu, 91 kes membabitkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.

“Malaysia juga mencatatkan kes jangkitan tertinggi untuk tiga hari berturut-turut.

“Ingat! Jika warga Selangor leka, kita bakal mengulangi semula kerosakan ekonomi yang lebih teruk daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu,” katanya.

Berdasarkan maklumat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), 31 kes berkenaan membabitkan 14 kes di daerah Klang iaitu lapan saringan kontak rapat di mukim Klang, empat kes saringan Kluster Jalan Meru di mukim Klang, satu kes saringan Kluster Jalan Meru di mukim Kapar, satu kes saringan pulang dari Sabah di mukim Klang.

“Sembilan kes daerah Hulu Langat membabitkan lima kes saringan pulang dari Sabah di mukim Kajang, tiga kes saringan kontak rapat di mukim Kajang, satu kes saringan kontak rapat di mukim Ampang.

“Empat kes daerah Petaling iaitu masing-masing dua kes saringan pulang dari Sabah di mukim Petaling dan mukim Sungai Buloh; tiga kes daerah Sepang (dua kes saringan pulang dari Sabah di mukim Labu dan satu kes saringan pulang dari Sabah di mukim Dengkil) serta satu kes di daerah Gombak (saringan kontak rapat di mukim Batu),” katanya.

Ejdjp uUwAAEmql

Sehingga semalam, hanya daerah Sabak Bernam saja yang bersih daripada COVID 19, manakala 8 daerah lagi merekodkan kes aktif termasuk kes jangkitan daripada negeri lain.

Taburan kes seperti berikut:

  • Klang – 52 kes 
  • Hulu Langat – 33 kes 
  • Petaling – 24 kes 
  • Hulu Selangor – 16 kes 
  • Sepang – 13 kes 
  • Gombak – 11 kes 
  • Kuala Langat – 3 kes 
  • Kuala Selangor – 1 kes 

Kini, 2,378 kes COVID-19 direkodkan di Selangor iaitu 2,101 adalah kes tempatan dan 277 dari luar negara. Jumlah kematian pula 24 orang.

Semoga rakyat di negeri Selangor sentiasa berwaspada selalu. 

Baca: UUM Kedah Tutup Kampus Lepas Pelajar Dari Sabah Disahkan Positif Covid-19

uum

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.