in

“Berani gila” – Ini 5 Cubaan Banduan Lari Dari Penjara Yang Sempat Dirakam CCTV

Fi Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi penggemar cerita-cerita aksi, mesti ada yang pernah menonton cerita luar negara yang bertajuk Prison Break. Berkisahkan tentang banduan yang mencuba untuk melarikan diri daripada penjara dengan pelbagai rancangan yang teliti.

Tapi tahukah korang, yang sebenarnya ada juga cubaan untuk melarikan diri daripada penjara yang seakan-akan drama tersebut. Jom kita tengok..


1. Lari dari penjara gunakan helikopter

Dalam filem Prison Break, perancangan yang mereka lakukan sangat teliti dan setiap aspek diambil kira dengan berhati-hati.

Rakaman di bawah menunjukkan banduan Danny Provencal dan Benjamin Hudon-Barbeau kelihatan bersungguh memanjat tali yang tergantung dari helikopter yang dirampas yang mendarat  di atas bumbung di penjara Saint-Jerome di Kanada.

 

Memang kelihatan seperti adegan di dalam filem, dan yang menakjubkan cubaan ini mengambil masa hanya selama enam minit. Apa yang paling menarik, pengawal hanya membiarkan perkara itu berlaku.

Mesti ada yang pelik kenapa pengawal tidak buat apa-apa? Sebenarnya banduan ni tidak mempunyai senjata jadi para pengawal tak nak ambil risiko. Banduan tersebut berjaya melarikan diri namun dapat ditangkap semula beberapa jam kemudian.

 

2. Serangan jentolak

Kejadian berlaku pada tahun 1995, 12 orang banduan melarikan diri dari penjara di Copenhagen, Denmark. Dalam insiden ini mereka tidak menggali terowong tapi, mereka menggunakan jentolak.

Jentera pembinaan itu dipandu dan menghentam tembok penjara yang kukuh hingga hancur sepenuhnya. 12 banduan kemudian bergegas keluar melalui lubang tersebut namun tiga daripada mereka dapat ditahan serta-merta termasuk seorang lelaki yang merakam insiden tersebut.

 

Pihak berkuasa percaya rancangan tersebut diketahui lelaki itu dan pihak berkuasa mendakwa mereka mencuba untuk larikan diri dari penjara bagi menonton perlawanan bola sepak yang berlangsung di stadium berhampiran.

Sanggup betul diorang ni..

 

3. Banduan rakam sendiri dengan terperinci

Kejadian ini memang jarang kita lihat, tiga banduan di sebuah penjara di California merakam sendiri rancangan mereka dengan begitu terperinci menggunakan telefon bimbit.

Penjara1 Edit

Aksi itu dirakam di dalam video berdurasi 15 minit yang kemudiannya disunting dengan teliti. Salah seorang banduan, Adam Hossein Nayeri, menerangkan secara terperinci bagaimana mereka melakukannya.

Disamping itu, mereka telah merujuk serta menggunakan trik dari ahli silap mata popular, Harry Houdini dalam rancangan mereka.

 

Antara peralatan yang digunakan adalah seperti tali yang kuat, baju, kasut, dan beberapa barangan lain untuk melarikan diri.

Memotong gril pengudaran besi dan mengakses sistem bekalan air bangunan itu merupakan antara perkara yang dilakukan supaya dapat memanjat naik ke bumbung dengan lebih mudah. Mereka menjadi buruan polis selama seminggu hinggalah berjaya diberkas semula.

 

4. Lari sambil tangan digari

Kejadian ini boleh disifatkan sangat berani oleh banduan tersebut. Kejadian yang berlaku di penjara Porter Country di Amerika Syarikat, lokasi di mana pihak polis memindahkan banduan bernam Michael Maldonado.

Ketika kejadian, pegawai polis meminta bantuan pegawai penjara untuk proses selanjutnya namun tiada yang membantu. Maldonado menunggu saat yang sesuai untuk keluar dari kereta polis dan sepantas kilat melarikan diri ke arah pintu garaj yang hendak tertutup dan hilang dalam sekelip mata.

 

 

Dua orang pegawai polis yang sedar kejadian itu terus mengejar dengan serta-merta namun, mereka berhadapan masalah apabila pintu garaj lambat terbuka. Mereka mencari selama dua jam dengan bantuan anjing pengesan namun mereka gagal.

Walaupunbagaimanapun, kebebasan itu hanya sementara dan Maldonado ditangkap keesokan harinya.

 

5. Keluar melalui tingkap

Kalau kita fikirkan, untuk seorang lelaki dewasa keluar melalui tingkap berukuran 76cm x 30cm, memang tidak logik. Tapi ia dilakukan oleh seorang banduan, Derreck Estelle berusia 34 tahun yang menjalani hukuman penjara kerana jenayah merampas kereta dan terlibat dalam insiden tembak-menembak dengan polis peronda.

 

 

Dia telah merancang perkara ini bersama dua banduan yang lain. Salah seorang mengganggu perhatian polis itu, manakala Estelle melompat keluar melalui sebuah tingkap dan melarikan diri bersama seorang lagi banduan.

Ia berlaku dengan begitu pantas, hingga Estelle dan dua banduan tersebut diisytihar sebagai banduan polis dengan serta merta.

 

Baca : Sejarah takkan pernah hilang; 6 Tragedi Gempa Bumi Dahsyat Yang Pernah Terjadi Sejak Tahun 1950

Title Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.