Kalau sebut saja pasal Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, mesti ramai yang teringat dengan isu stokin hitamnya tu. Memang isu ni pun dah lama dan menjadi tumpuan ramai sebab ‘pelik’ dengan peraturan baru yang dikeluarkan menteri baru kita ni.
Macam manapun, isu ni up semula lepas sebuah akhbar tempatan laporkan yang perbincangan tentang warna stokin sedang dilakukan sehingga pihak berwajib dapat solusi terbaik untuk pelajar dan murid.
Najib ‘sindir’ Maszlee isu stokin
Bila isu ni disebut semula, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat seakan-akan ‘menyindir’ Dr. Maszlee sebagai menteri yang berpandangan jauh sebab dikatakan warna kasut dan stokin juga ‘penting’ untuk perkembangan dan pembentukan pelajar sempurna.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10155651860265952/?type=3&__tn__=-R
Malah posting ini juga telah mendapat pelbagai komen negatif yang dituju kepada Dr. Maszlee yang kebanyakannya menuduh Menteri Pendidikan ini sebagai bodoh dan selalu tengahkan isu yang tak penting untuk pendidikan negara.
“Sedih bila media cuba ‘buli’ Dr. Maszlee…”
Pun begitu, lepas isu ni jadi viral di media sosial, seorang pengguna Facebook kemudian dedahkan rupa-rupanya Dr. Maszlee semasa lawatannya di PPUM baru-baru ni tak menyebut langsung pun mengenai ‘stokin’.
“It is sad the media is trying to bully Dr. Maszlee Malik on this socks issue and people make a big fuss about it. But many neglect to hear or read the main points from his visit to PPUM.”
Malah perkara ni jugak disokong dengan kenyataan daripada Pengarah PPUM sendiri yang mengatakan bahawa dia langsung tak dengar Dr. Maszlee ada sebut tentang isu itu dan hanya membincangkan tentang potensi pengajaran dan penyelidikan cemerlang di PPUM.
Akhbar lain tak cakap ‘isu stokin’ pun?
Posting tersebut juga sempat membandingkan laporan berita dari akhbar lain yang fokus tentang lawatan Dr. Maszlee ke PPUM daripada isu stokin yang tak berkesudahan.
The Sun: “Discussion over coordination between public hospitals, HPU ongoing”
Kosmo: “Kerajaan bincang selaras hospital awam, hospital pengajar universiti”
Bernama: “Discussion over coordination between public hospitals, HPU ongoing – Maszlee”
Apa-apapun diharapkan agar pembaca kat luar sana lebih bijaklah dalam menilai berita yang dikeluarkan media, tak kiralah online atau mainstream. Sungguhpun kalau tak suka Dr. Maszlee, adalah lebih kita baca dulu isi dalam berita sebelum lempar sebarang komen yang tak berasas. 🙂
Baca: Wan Azizah Menteri Paling Popular, Ramai Melayu Benci Maszlee